web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Mohon Jangan Bawa 'Motor' Macam Tu Lagi.” - Azhan Rani

Selepas dua hari terlibat dengan kemalangan motosikal, pelakon Azhan Rani akhirnya memuatnaik status di Instagram

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2022 2:54PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semalam, pelakon Beto Kushairy telah berkongsi berita mengenai rakannya iaitu Azhan Rani terlibat dengan kemalangan jalan raya. 

Dalam hantaran Beto di Instagram, dia mendedahkan bahawa pelakon drama Nur itu terlibat dengan kemalangan motosial pada tengah hari Isnin.

“Amanah dari sahabatku Azhan Rani, dukacita ingin menyampaikan pada semua yang beliau telah terlibat dengan kemalangan motosikal pada tengah hari Isnin. Alhamdulillah, keadaannya stabil dan masih dalam jagaan pakar. 

"Pada semua sahabat, kenalan dan wartawan yang cuba menghubunginya secara peribadi, beliau mohon maaf kerana tak dapat nak jawab segala panggilan dan mesej buat sementara waktu. Namun, beliau tetap menghargai segala perasaan ambil berat ke atas dirinya,” tulis Beto di Instagram.

Hari ini Azhan dilihat telah memuatnaik sebuah hantaran di akaun rasmi Instagramnya untuk berterima kasih kepada mereka yang membantunya di tempat kejadian.

“Buat Muhammad Firdaus dan sesiapa saja yang bantu saya pada hari kejadian, 17 Januari 2022 sekitar jam 12.30 tengah hari di Jalan Templer Park menghala ke Kuala Lumpur. Semoga Allah merahmati kalian. Terima kasih atas jasa baik anda.

"Buat dua abang lori yang berdiri tu, terima kasih kerana berjaya hentikan lori dan tak langgar saya. Buat dua orang adik yang naik motor kapcai tengah bersembang tak pandang depan lepas tu tiba-tiba masuk lorong saya nak buat pusingan ‘U’, semoga korang tak apa-apa. Maaf abang tinggikan suara kat korang dalam ambulan hari itu. Mohon jangan bawa motor macam tu lagi. kita sama-sama syukur Allah bagi peluang kita hidup. Maaf juga buat motor awak hancur,” tulisnya di bahagian kapsyen. 

Sementara itu di bahagian kapsyen, ramai rakan selebriti serta netizen yang menitipkan doa buat Azhan agar dia segera sembuh termasuklah Sharnaaz Ahmad, Amyra Rosli, Dynas Mokhtar dan Lisa Surihani. 

Azhan turut memuatnaik hantaran susulan bagi memaklumkan dia bakal menjalani pembedahan tengah hari esok untuk memasukkan besi pada bahagian tulang belikat. 

Kami di Getaran juga turut berdukacita dengan kejadian ini dan berharap supaya Azhan terus kuat dan kembali sihat seperti sedia kala.  - Getaran , 19 Januari 2022

Gambar: Instagram @azhan_rani dan @beto_kusyairy

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Boleh Laju Lagi Tu Bang!

4

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Tak Menyempat, Kan Dah Kena!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN