web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sorotan Getaran 2021 : 8 Selebriti Yang Menimang Cahaya Mata 2021

Di sebalik pahit getir yang melanda negara, tahun 2021 mungkin dianggap tahun yang cukup memberikan makna buat mereka terutama dalam kalangan selebriti yang baru pertama kali menimang cahaya mata.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2021 2:11PM

Muhammad Afwa, Ana Nayla dan Ayash Affan

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahun ini mungkin bukanlah tahun yang menggembirakan buat anak-anak seni tempatan kerana negara berdepan dengan bermacam pahit dan getir akibat pandemik 2021, kemerosotan ekonomi dan musibah banjir.

Namun, bagi selebriti yang baru pertama kali menimang cahaya mata, 2021 mungkin dianggap tahun yang cukup memberikan makna buat mereka. 

Ikuti Sorotan Getaran 2021 tentang selebriti-selebriti tempatan yang telah menimbang cahaya mata pada tahun ini. Ada yang pertama kali menjadi ibu dan bapa dan ada juga yang melahirkan zuriat seterusnya untuk menyambung legasi keluarga mereka. 

 

Elly Mazlein dan Mohamad Azlan Che Nuh

Kelahiran Haider Mateen Mohamad Azlan pasti menggembirakan selebriti versatil, Elly Mazlein kerana ini adalah cahaya mata pertamanya selepas mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Mohamad Azlan Che Nuh.

Elly Mazlien atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, selamat melahirkan bayi lelaki pertamanya itu pada 23 Oktober lalu, kira-kira jam 12.23 pagi. 

Mesra disapa dengan panggilan Kak Lina Pom Pom, Elly Mazlien itu mengumumkan perkhabaran baik ini melalui hantaran di laman Instagramnya.

 

Ayda Jebat dan Nabil Mahir 

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat boleh dilabelkan sebagai bunting pelamin. Setelah melangsungkan pernikahan dengan Nabil Mahir pada 1 Januari lalu, Ayda kemudian telah diberitakan hamil. 

Penyanyi itu selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.77 kilogram di sebuah pusat perubatan di ibu kota, pada 21 September lalu, sekitar jam 7.07 petang.

Isteri kepada pengacara Nabil Mahir itu juga bersalin menerusi kaedah pembedahan dan seminggu selepas kelahiran Ana Nayla, Ayda telah mendedahkan wajah anak kesayangannya itu di Instagram. 

 

Siti Sarah Raisuddin dan Shuib Sepahtu

Penyanyi Siti Sarah Raisuddin terpaksa betarung nyawa melahirkan Ayash Affan apabila dia disahkan positif COVID-19 ketika dalam keadaan sarat mengandung. 

Ayash Affan dilahirkan menerusi pembedahan sewaktu Siti Sarah ditidurkan untuk mendapatkan rawatan susulan dan menstabilkan oksigen dalam dirinya pada 6 Ogos lalu. 

Biarpun selamat melahirkan bayi lelaki yang juga cahaya mata keempatnya bersama Shahmira Muhammad atau Shuib Sepahtu, namun Siti Sarah berada dalam keadaan yang kritikal dan tiga hari selepas itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Kesetiaan' ini menghembuskan nafas terakhirnya. 

Ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa Ayash Affan kerana tidak berpeluang menyusu dan menatap wajah ibunya itu. 

 

Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim

Kelahiran cahaya mata ketiga Datuk Yusry Abdul Halim dan Datin Lisa Surihani yang diberi nama Yunos Laith ini amat bermakna buat pasangan selebriti ini. 

Lisa selamat melahirkan Yusof Laith pada 15 Jun lalu, kira-kira jam 2.30 pagi iaitu pada hari yang sama dengan kelahiran Yusry yang ke-48. Yusry menyifatkan kelahiran Yusof Laith itu sebagai hadiah paling bermakna buat dirinya. 

Lisa dan Yusry telah melangsungkan perkahwinan pada 12 Februari 2012. Sebelum ini, pasangan ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, 6 tahun, dan Yusof Leonne, 4 tahun. 

 

Tasha Shila dan Muhammad Atiq Idris

Pelakon Tasha Shila dan suaminya, Muhammad Atiq Idris turut menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka dengan penuh kesyukuran. 

Tasha Shila selamat melahirkan bayi lelaki bernama Raees Zander pada 24 April lalu bersamaan dengan hari ke-12 Ramadan. 

Tasha dan Atiq melangsungkan perkahwinan pada 28 Februari 2020 lalu dalam majlis ringkas yang diadakan di Masjid Wilayah.

 

Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa

Tiada apa yang menggembirakan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa apabila cahaya mata lelaki mereka, Muhammad Afwa lahir ke dunia. 

Siti selamat melahirkan bayi lelaki yang seberat 3.8 kilogram itu melalui pembedahan di sebuah pusat perubatan di Selangor pada 19 April lalu, jam 6.21 pagi.

Penyanyi tersohor Malaysia itu memberitahu nama Muhammad Afwa dipilih kerana anak keduanya lahir pada bulan Ramadan dan ia membawa maksud yang baik iaitu keampunan atau kemaafan. 

 

Henry Golding dan Liv Lo Golding

Aktor Hollywood kelahiran Malaysia, Henry Golding tidak dapat menyembunyikan rasa gembira apabila isteri tercintanya, Liv Lo Golding selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka. 

Liv Lo Golding melahirkan bayi comel yang dinamakan Lyla pada 31 Mac lalu dan Henry telah memberikan penghargaan buat isterinya atas pemberian zuriat pertama mereka itu. 

Bintang Crazy Rich Asians ini berkenalan dengan Liv Lo pada tahun 2011 dan mendirikan rumah tangga pada 2016. 

 

Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson 

Pasangan pelakon yang sama cantik dan sama padan, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson menyifatkan kelahiran bayi sulung mereka, Isaac Raees adalah hadiah terbaik yang pernah mereka terima. 

Zahirah selamat melahirkan bayi pertama mereka itu di Perth, Australia pada 5 Januari lalu, kira-kira jam 2.26 waktu tempatan. 

Zahirah dan Aiman bertunang pada 8 Jun 2019 juga di Perth. Pasangan ini kemudian telah disatukan sebagai suami isteri pada 20 Februari 2020. - Getaran, 27 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Nyanyian Duet Tengku Ampuan Pahang, Datuk Sri Siti Nurhaliza Pikat Tetamu

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Siti Nurhaliza Bagi Maklum Balas Terhadap Saranan Mufti Pulau Pinang

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Tiket Konsert Siti Nurhaliza Licin Dijual Dalam Masa 2 Jam

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 23 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN