web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tempoh Reman Penyerang Kamal Adli Dilanjutkan Seminggu Lagi

Jika sabit kesalahan, menyerang hingga menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan, atau mana-mana kombinasi hukuman itu. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2023 3:01PM

Kamal dan Uqasha Senrose berada di Singapura untuk acara Jualan Mega Hari Raya 2023 pada 10 Mac lalu apabila seorang lelaki telah menyerang pelakon berkenaan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Tempoh tahanan reman ke atas lelaki yang didakwa menyerang pelakon Kamal Adli dilanjutkan tujuh hari lagi bagi melengkapkan pemeriksaan perubatan di Institut Kesihatan Mental (IMH) Singapura.

Menurut Hakim Daerah Terence Tay, IMH memohon tempoh reman terhadap suspek dilanjutkan bagi melengkapkan pemeriksaan.

"Saya membenarkan permohonan untuk anda direman selama seminggu lagi di IMH," katanya sambil menambah sebutan kes seterusnya adalah pada 4 April.

Pada 14 Mac lalu, mahkamah menetapkan lelaki itu direman dua minggu untuk menjalani penilaian psikiatri di institut berkenaan.

Lelaki berusia 33 tahun itu menjawab "ya" apabila ditanya sama ada dia mendengar keputusan itu.

Dia didakwa di Mahkamah Negeri pada 14 Mac kerana "disyaki terlibat dalam kes menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya."

Jika sabit kesalahan, menyerang hingga menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan, atau mana-mana kombinasi hukuman itu. 

Pada 12 Mac kira-kira jam 9.19 malam, Pasukan Polis Singapura menerima laporan mengenai satu kes di 1 Expo Drive di mana suspek didakwa telah menyerang seorang lelaki berusia 36 tahun dengan menggunakan cota.

Polis telah merampas cota berkenaan untuk dijadikan bahan bukti dan siasatan sedang dijalankan.

Kamal yang cedera terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di sini.

Beliau dan isterinya Uqasha Senrose berada di Singapura untuk acara Jualan Mega Hari Raya 2023 selama tiga hari bermula 10 Mac, di Dewan 5A Ekspo Singapura.

Menurut Uqasha, kejadian itu berlaku di penghujung acara.

Turut hadir di mahkamah hari ini ialah peguam Kamal, Jason Wee dari Firma Undang-undang AVW yang berpangkalan di Malaysia. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 2 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN