web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nabila Huda Akui Stress Bila Tak Dapat Memasak Dan Makan Apa Yang Disukainya Bila Berdiet 

Dalam perkembangan lain, Nabila turut berpeluang menghantar anaknya untuk memulakan hari pertama di sebuah sekolah menengah perempuan semalam biarpun kemasukannya terlewat seminggu. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2023 1:06PM

Nabila kini terlibat dalam projek Budak Flat, yang merupakan karya terbaharu lakonannya bersama Pablo Amirul. - Gambar dari Instagram 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Nabila Huda memang diakui seorang yang gemar memasak dan sering menghabiskan masa di dapur jika mempunyai masa terluang. Bahkan, dia juga seorang yang gemar menikmati makanan yang disukainya terutama pasta yang dimasaknya sendiri. 

Namun, disebabkan terlibat dengan projek Budak Flat yang merupakan karya terbaharu lakonannya bersama Pablo Amirul, Nabila Huda terpaksa melupakan seketika aktivitinya yang gemar memasak dan menikmati makanan. 

Patutlah berat badan Nabila nampak susut. Berat badannya itu juga ketara hilang sebelum menjelang Ramadan lagi. 

Kata Nabila, demi menjayakan wataknya (sebagai Jojo) dalam projek tersebut, dia terpaksa menurunkan berat badannya itu. 

Projek Budak Flat menyebabkan Nabila terpaksa menguruskan badan.
Projek Budak Flat menyebabkan Nabila terpaksa menguruskan badan.

“Abil terpaksa bersenam dan pada masa yang sama terpaksa diet. Buat masa ini, memang Abil terpaksa jaga makan. Stress okay bila tak dapat memasak dan makan,” katanya kepada Getaran sewaktu ditemui di majlis berbuka puasa Hotel Royal Damansara bersama anak-anak yatim. 

Nabila juga akui kebelakangan ini dia sering mendapat tawaran untuk menjayakan projek drama bersiri di platform penstriminan. 

“Tapi karya-karya yang diterbitkan di platform penstriminan ini sedikit berbeza dengan drama di televisyen. 

“Oleh kerana, karya-karya ini turut ditayangkan di negara luar dan mungkin juga secara global, subjek, skrip dan jalan ceritanya lebih terbuka dan lebih berani. Secara tidak langsung, ia juga  mampu memberi peluang untuk kita melakukan kelainan dalam watak dan lakonan kita,” katanya. 

Dalam perkembangan lain, Nabila turut berpeluang menghantar anaknya, Kesha Laila yang memulakan hari pertamanya persekolahannya di sebuah sekolah menengah perempuan semalam biarpun kemasukannya terlewat seminggu. 

Nabila dan Kesha Laila.
Nabila dan Kesha Laila.

“Hari pertama di sekolah sudah pun berlaku kekecohan sebab tersalah uniform. Terlalu teruja dan gusar sehingga terlupa bulan Ramadan kena pakai baju kurung. 

“Alhamdulillah, akhirnya dia dapat masuk sekolah walaupun lambat seminggu. Tapi, semua okay. Janji dah setel, kalau tak mummy susah hati. 

“Kesha dah masuk sekolah menengah. Sebab ada, gembira ada. Tak tahu nak cakap macam mana. Nikmati perjalanan baru anda di sekolah kerajaan. Mummy sayang kamu tau ,” katanya yang memuat naik hantaran mengenai Kesha Laila di Instagramnya.  – Getaran, 28 Mac 2023 





 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

oleh Rahayu MN

Muzik 6 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Lokasi konsert yang dijadualkan di Stadium Batu Kawan sebelum ini, kini berpindah ke Setia SPICE Arena, Pulau Pinang.

oleh Rahayu MN