web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Hati Saya Sakit Bila Suami Saya Dihina’ - Isteri Dan Pengurus Aaron Aziz Tampil Pertahankan Suami

Menurut Datin Diana Halik, dia banyak menangis untuk projek ini dan bersyukur Allah SWT telah melindungi suaminya daripada terlibat dengan projek ini.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2023 11:00AM

Aaron dan Diana - Gambar daripada Instagram Diana Halik

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hati isteri mana yang tidak terguris jika melihat suaminya dihina secara terbuka. Itulah yang dirasai oleh isteri dan pengurus kepada pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz iaitu Datin Diana Halik selepas Syamsul Yusof mengeluarkan kenyataan tentang suaminya.

Menerusi satu hantaran yang dibuat Diana di akaun Instagram, dia meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan tindakan Syamsul.

“Selepas melihat apa yang berlaku di internet, hati saya sakit bila suami saya dihina, dan kena ‘body shaming’.  Selama ini, saya tidak pernah gunakan media sosial untuk luahkan perasan dan sentiasa kekal tenang.

“Tetapi kali ini saya tidak mampu menerimanya dan terpanggil untuk melindungi suami saya sendiri.

“Mungkin kerana saya telah melihat sendiri komitmen dan usahanya. Ini bukan tentang hilang rezeki kerana saya percaya kepada qada dan qadar. Ini adalah satu tindakan tidak hormat,” tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Tambahnya lagi, sebagai seorang pengurus kepada Aaron Aziz, sudah banyak air matanya yang tumpah untuk projek ini.

“Saya banyak menangis untuk projek ini. Tidak pernah lagi terjadi kepada saya sebagai seorang pengurus, saya harus lalui kesakitan seperti ini.

“Ini adalah satu pengajaran. Kalau nak ‘all out’ harus berpada-pada dan lihat untuk siapa kita lakukan. Berbudi bahasa sangat penting.

“Terima kasih Allah kerana melindungi suami saya daripada projek ini. Allah tahu apa yang terbaik dan sebaik-baik perancang. Alhamdulillah.

“Semoga Allah SWT yang maha pengasih memudahkan urusan Syamsul Yusof dan memberi petunjuk kepadanya.

“Ya Allah Ar Rahman Ar Rahim, ampuni aku dan berikan aku dan suamiku kekuatan,” tulisnya.

Sebelum itu, dalam hantaran yang sama, Diyana meluahkan perasaan dan berharap Syamsul akan merasai apa yang dirasai suaminya pada saat dia mengalami kesakitan dan hari tuanya nanti.

Namun, kenyataan itu telah dipadam dan Diyana memaklumkan setelah menemui ketenangan pada malam Ramadan, dia telah membuat suntingan terhadap hantaran yang dimuat naiknya itu.

Terdahulu, pada Rabu lalu Syamsul Yusof telah mengadakan satu sidang media khas dan antara kandungan sidang media berkenaan adalah tentang sebab kenapa dia menggugurkan Aaron Aziz daripada membintangi filem ‘The Original Gangster’. - Getaran, 24 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Isu Di Antara Syamsul Yusof - Aaron Aziz Bukan Masalah Saya, Itu Masalah Produksi - Rosyam Nor

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Aaron Aziz Minta Sharnaaz Ahmad Jangan Masuk Campur Urusannya Bersama Syamsul Yusof

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Aaron Aziz Tampil Bersumpah Bersaksikan Al-Quran Dia Tidak Bohong, Dianiaya Oleh Syamsul Yusof

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Saya Orang Terakhir Yang Mahu Gugurkan Aaron Aziz - Syamsul Yusof

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu