web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Apa Motif Tuntutan Nusyuz Ini Dibuat, Kenapa Baru Sekarang? - Puteri Sarah Persoal Tindakan Syamsul Yusof

Puteri Sarah juga turut menangkis dakwaan Syamsul yang mengatakan dirinya curang dengan bekas kekasih.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2023 8:29AM

Puteri Sarah Liyana - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Puteri Sarah Liyana mempersoalkan motif di sebalik tindakan Syamsul Yusof yang secara tiba-tiba telah memfailkan permohonan tuntutan nusyuz ke atas dirinya.

“Pihak saya merasa pelik kenapa tuntutan ini dibuat hanya pada waktu sekarang sedangkan masalah rumahtangga ini telah berlaku hampir empat tahun yang lalu.

“Ini membuatkan pihak saya tertanya-tanya apakah tujuan dan motif tuntutan ini dibuat. Saya yakin saya di pihak yang benar dan tidak gentar untuk menghadapi tuduhan dan tuntutan yang terbaharu ini.

“Suka untuk saya ingatkan bahawa pihak di sebelah sana masih dalam siasatan di Bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah di bawah seksyen 23: Persetubuhan Luar nikah.

“Dalam pengetahuan saya, mereka sudah dipanggil untuk memberi keterangan dan sedang menunggu tindakan lanjut daripada pihak mahkamah,” katanya.

Puteri Sarah juga menangkis dakwaan Syamsul yang mengatakan dirinya curang dengan bekas kekasih.

“Saya merasa pelik dan hairan mengenai tuntutan nusyuz ini, seolah-olah saya yang memulakan kemelut rumahtangga ini.

“Saya berdoa dan berharap Insha Allah segala kebenaran akan ditunjukkan dan mohon didoakan segala urusan saya dipermudahkan. Doakan saya dan anak-anak untuk sentiasa kuat,” katanya.

Semalam, Syamsul yang juga pengarah filem yang telah mencetuskan fenomena pecah panggung ‘Mat Kilau: Kebangkitan Seorang Pahlawan’ telah memfailkan permohonan nsyuz terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak. 

Syamsul yang diwakili peguam syarie Azmi Mohd Rais memfailkan permohonan itu pada jam 3.10 petang.

Menurut Syamsul, dia bertindak memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah kerana aktres itu didakwanya masih menghubungi bekas kekasih yang juga berstatus suami orang. - Getaran, 22 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Syamsul Yusof, Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Puteri Sarah Tunai Umrah Lagi, Kali Ini Bersama Ibu Bapa 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Syamsul Yusof Tarik Balik Saman Terhadap JAWI, MAIWP

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Ini Jumlah Nafkah Yang Perlu Dibayar Oleh Syamsul Yusof Kepada Anak-Anaknya Dan Juga Bekas Isteri 

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN