web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terima Anugerah Usahawan Lelaki Selebriti Seba Awards 2023 , Zoey Rahman Bakal Lancarkan Kurta Klasik Sempena Ramadan  

Zoey Rahman adalah salah seorang daripada sembilan penerima anugerah utama di dalam kategori Board Of Advisor Awards (BOA), Sebab Awards anjuran Yayasan Usahawan Malaysia.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2023 11:00AM

Zoey Rahman - Gambar ihsan Zoey Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bulan ramadan sememangnya menjadi bulan yang cukup sibuk buat pelakon yang kini bergelar usahawan, Zoey Rahman.  Apa tidaknya, ada sahaja perniagaan yang akan diusahakannya. 

Sempena kedatangan ramadan tahun ini, Zoey Rahman akan berkolaborasi bersama dengan pereka fesyen, Farel Mikhail  untuk jualan kurta baju lelaki yang akan dilancarkan pada 22 Mac  ini di seluruh saluran online e-dagang . 

"Seperti biasa bila tiba ramadan saya selaku selebriti yang juga usahawan akan mengambil peluang ini untuk meluaskan cabang perniagaan saya. 

 “Tahun ini saya dan Farel bergabung dalam menghasilkan Kurta Klasik yang selesa dan sesuai di pakai sepanjang Syawal atau ke mana mana acara sekali pun. Koleksi Kurta Klasik ini diperbuat daripada kain kapas yg selesa dan mudah digosok.

“Selain itu, saya juga akan turun menyertai Celebfest yang akan berlangsung di Singapura serta Absolut Baazar X Gaya Raya dan Starvendor yang akan berlangsung di Kuala Lumpur,” katanya. 

Dalam pada itu, Zoey juga baru sahaja menjadi penerima Anugerah Usahawan Selebriti Lelaki (Male Celebrity Entrepreneur Award) dari Seba Awards - Unity 2023 anjuran Yayasan Usahawan Malaysia yang berlangsung di di Setia Spice Convention Centre, Pulau Pinang pada 17 Mac lalu. 

Seba Awards adalah majlis anugerah yang memberi penghargaan kepada  usahawan-usahawan dan perusahaan kecil dan sederhana Malaysia serta meliputi Asia Tenggara. - Gambar Zoey Rahman
Seba Awards adalah majlis anugerah yang memberi penghargaan kepada  usahawan-usahawan dan perusahaan kecil dan sederhana Malaysia serta meliputi Asia Tenggara. - Gambar Zoey Rahman

"Alhamdulilah saya sangat bersyukur di atas penghargaan ini Dan saya sangat berterima kasih kepada Yayasan Usahawan Malaysia Dan tidak lupa juga kepada semua team kakitangan Mikaseries Sdn Bhd dan penyokong produk Mikaseries,” katanya yang akan berazam untuk terus bekerja keras dalam usaha melebarkan produk perniagaannya. 

Zoey Rahman yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Mikaseries Sdn Bhd adalah salah seorang daripada sembilan penerima anugerah utama di dalam kategori Board Of Advisor Awards (BOA). 

Anugerah BOA itu telah disampaikan Yang Di - Pertua Negeri Pulau Pinang  Tun Datuk Seri Utama Ahmad Fuzi  Abdul Razak. 

Seba Awards adalah majlis anugerah yang memberi penghargaan kepada  usahawan-usahawan dan perusahaan kecil dan sederhana Malaysia serta meliputi Asia Tenggara.  – Getaran, 20 Mac 2023 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 4 tahun yang lalu

Lan Solo Teruja Dengan Penganjuran Hari Usahawan Negara 2022

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN