web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lan Solo Teruja Dengan Penganjuran Hari Usahawan Negara 2022

Lan Solo yang kini sudah pun membuka perniagaan Solo Borneo Mart adalah antara 25 selebriti yang terlibat dalam penganjuran Hari Usahawan Negara 2022 tersebut.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2022 5:29PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seramai 25 selebriti popular tanah air memeriahkan Hari Usahawan Negara 2022 (HUN 2022) yang telah berlangsung dari 24 hingga 28 Mac lalu  di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Antara selebriti yang terlibat adalah Azlan Typewriter, Saharul Ridzwan, Azza Elite, Ayu Damit, Lan Solo, Zoey Rahman, Sabhi Saddi, Balkisyh Sumundur Khan, Syed Ali, Eida Moin, Edy Moin, Laila Nasir, Tash Yong, QazemNor, Azan Scan GV8, Siti Fazurina, Amai Kamarudin, Sefik, Azura Aziz, Jasmine Ashraff, Rashid Jaafar, Mahmud Ali Basha dan ramai lagi.

Kehadiran mereka menceriakan suasana, selain turut serta dalam aktiviti penjualan produk masing-masing menerusi lot pameran yang disediakan, mereka juga mengadakan persembahan dan mengadakan sesi ramah mesra bersama peminat yang mengunjungi HUN 2022.

Menurut Presiden Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM), Datuk Sri Abu Hasan Mohd Nor selaku penganjur  acara HUN 2022 yang julung kali diadakan itu, sebanyak 1000 lot pameran disediakan secara keseluruhannya untuk agensi kerajaan, korporat serta usahawan industri kecil dan sederhana (IKS).

Tidak ketinggalan 25 lot pameran khas buat selebriti tempatan turut disediakan sebagai tanda sokongan kepada selebriti kebanyakan kini sudah mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

 “HUN 2022 ini diadakan sebagai pemangkin ekonomi negara yang mana sebelum ini kebanyakan usahawan terjejas kerana pandemik COVID-19. Saya memanggil artis untuk turut serta supaya mereka boleh menarik pengunjung untuk hadir ke acara ini.

“Selain itu, mereka juga seorang usahawan dan DPUKM sentiasa bersedia memberi bantuan seperti menyalurkan informasi serta membimbing mereka untuk menjadi usahawan yang berjaya,” jelas Abu Hasan.

Sementara itu, penyanyi Lan Solo yang kini bergelar usahawan menerusi perniagaan Solo Borneo Mart menyambut baik penganjuran HUN 2022.

“Sebagai usahawan saya menyokong usaha yang dilakukan oleh DPUKM dan saya begitu teruja dapat terlibat dalam HUN 2022. Sebelum ini saya telah menjual pelbagai produk, tetapi tidak berjaya.

“Alhamdulillah, Solo Borneo Mart yang bermula secara suka-suka akhirnya menjadi perniagaan yang semakin berkembang,” ujar Lan.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman sesawang HUN. - Getaran, 29 Mac 2022

Gambar: Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

MTE 2024 Hubungkan Idea dan Inovasi Untuk Peminat Teknologi 

2

Politik 2 tahun yang lalu

Warga Indonesia Di Malaysia Tunai Tanggungjawab Mengundi Sempena Pemilu 2024

3

Politik 3 tahun yang lalu

Kehadiran DAP Ke Dewan Merdeka Dorong Rakyat, Ahli UMNO Tinggalkan Parti?

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Terima Anugerah Usahawan Lelaki Selebriti Seba Awards 2023 , Zoey Rahman Bakal Lancarkan Kurta Klasik Sempena Ramadan  

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN