web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Che Ta Sertai Kempen Harga Rahmah, Perkenal Set Inai Mampu Milik Sempena Raya

Menurut Rozita Che Wan sebagai pengasas bersama jenama Inai Che Ta, dia dan Anas mensasarkan untuk membantu 100,000 wanita untuk menjana pendapatan sempena Ramadan dan Aidilfitri tahun ini

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2023 9:21AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak dilancarkan pada Jun tahun lalu, inai segera mampu milik, Mazaville (Inai Che Ta) yang diusahakan aktres terkenal Rozita Che Wan bersama usahawan Anas Zahrin terus mencuri perhatian.

Malah, pelbagai usaha dan rangkaian jenis inai sudah dilancarkan dalam tempoh berkenaan hingga berjaya menjadi jenama inai nombor satu di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Lebih membanggakan jenama ini turut diiktiraf menjadi inai pertama dengan konsep telap air dan sah solat penggunaannya secara klinikal di atas kuku manusia.

Terbaharu, mereka hadir dengan Set Kuku Letups Che Ta dengan harga ‘Rahmah’ bernilai RM25 yang telah dilancarkan pada 3 Mac lalu dalam satu majlis glamor bertemakan Timur Tengah di Glam Hall, Damansara.

Che Ta dan Anas
Che Ta dan Anas

Menurut Rozita atau Che Ta selaku pengasas bersama, set baharu yang ditampilkan ini telah  diedarkan secara rasmi kepada seluruh ejen berdaftar satu Malaysia sejak 6 Mac lalu.

“Kalau sebelum ini kerajaan perkenalkan Menu Rahmah dengan harga murah, kenapa tidak inai ini juga dihadirkan dengan konsep sama. Malah, sejak diusulkan Anas sendiri, saya tak fikir panjang untuk meluluskan keinginannya.

“Harga jualan untuk set ini awalnya dicadangkan pada harga RM60, tapi selepas ditimbang tara kita memutuskan mengenakan ‘harga rahmah’ berkenaan.

“Saya optimis set ini bakal menjadi kegilaan ramai wanita menjelang hari raya Aidilfitri kelak. Pendek kata, ia berkualiti, sah solat, telap air dan tentunya mampu dimiliki semua golongan,” katanya.

Che Ta
Che Ta

Tambah aktres jelita ini lagi, dia dan Anas turut mengalu-alukan 100,000 wanita tidak kira mana-mana status untuk menjana pendapatan bersama di musim Ramadan dan Aidilfitri ini.

“Lebih kurang RM7 Juta ingin kami kongsi bersama 100,000 wanita ini untuk projek ‘mega Inai Che Ta’ ini. Jangan berpeluk tubuh lagi, jom sama-sama kita jana pendapatan untuk bulan puasa dan raya ini,” kongsinya.

Sementara itu, Anas selaku pengasas utama jenama terbabit mensasarkan lebih 50,000 unit sasaran jualan bakal dicapai selama dua bulan dari Mac hingga April di Malaysia.

Anas
Anas

“Berdasarkan rekod kejayaan kami terdahulu, angka 50,000 untuk dicapai dalam tempoh dua bulan tidak mustahil. Saya dan Che Ta percaya dengan niat kami yang  ingin terus membantu dan berkongsi rezeki dengan semua,” katanya.

Set Kuku Letups Che Ta didatangkan dengan tiga jenis warna iaitu Maroon Rose, Red Velvet dan Caramel yang seakan warna perang atau coklat pekat disatukan dalam satu set.

Set Inai Che Ta
Set Inai Che Ta

Pada majlis pelancaran set istimewa itu, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan memukau artis tanah air seperti Shiha Zikir, Datin Alyah, Indah Ruhaila, Bob Yusof, Hazama, Irfan Haris dan Imran Ajmain.

Majlis dianjurkan juga sebagai simbolik ukhuwah Che Ta dan Anas yang sudah terjalin hampir 13 tahun, selain menghargai rakan media dan peminat inai terbabit. Che Ta turut menerima kejutan daripada Anas sempena hari lahirnya yang ke 50 yang jatuh pada 9 Mac iaitu tajaan menunaikan ibadah umrah. - Getaran, 10 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Radio Zayan Ajak Keluarga Muslim Tunai Solat Sunat Hajat Susulan Bencana Gempa Bumi Di Turkiye Dan Syria 

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Che Ta Syukur Produk Inai Tak Pernah Dapat Ulasan Negatif, Diiktiraf Telap Air Dan Sah Solat

3

Selebriti 4 tahun yang lalu

Netizen Tertungu-Tunggu Baju Raya Che Ta Setiap Hari

4

TARA 4 tahun yang lalu

Glamorama Rozita Che Wan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 7 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...