web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


"Untuk Rekod, Ya Dia Yang Memukul Wanita Bernama Diana" - Farid Kamil Sindir Siapa? 

Beberapa hantaran pelakon dan pengarah terkenal di Instagram telah mencuri perhatian netizen tentang kisah seorang lelaki yang memukul wanita.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2023 2:00PM

Farid Kamil - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hantaran yang dibuat oleh aktor dan pengarah terkenal, Farid Kamil di Insta Story telah menarik perhatian banyak pihak.

Dalam beberapa hantaran yang dibuat pelakon filem Anwar: The Untold Story itu, dia bercerita mengenai kisah lelaki yang memukul wanita.

"Nak jadi KL 'G' bersongkok pun, tak boleh pukul wanita Da'i hoi. Must be something 'spesial' about him kan? Sebab laporan tentang pukul wanita dari tahun 2005 hingga 2020 sampai sekarang tiada tindakan (NFA). Hari ini pukul lagi. Adakah ini contoh anak munafik lelaki penderhaka 2023?," tulisnya.

Dalam satu hantaran yang lain, Farid memberitahu bahawa 'lelaki' berkenaan pernah memukul wanita bernama Diana.

"Untuk rekod, ya dia yang memukul wanita bernama Diana pada tahun 2005. Sudah dilaporkan tetapi tiada tindakan. Anak Sultan Kuala Lumpur barangkali.

"Trauma sampai sekarang, kesian. Tak ada siapa boleh back up orang trauma ni tau Dol. Kau sampai tahun 2023 masih memukul wanita lagi. 

"Ambil gambar senyum dengan gigi palsu tu, jari kasi tunjuk atas? Macho ke pukul wanita ni Dol?," tulisnya. 

Disebabkan hantaran yang dibuat oleh Farid itu, dia memberitahu bahawa ada individu yang cuba mengutuk filem Anwar yang dibintanginya. 

"Hoi baru tulis pasal bos korang, kau katakan ungkit kisah lama. Bukan ungkit tetapi fakta. Benda dipukul ni bukan boleh guna 'spesial effect' macam dalam filem.  Dah hantar 'balachi' pula untuk kutuk filem Anwar. Dasar acah-acah gangster adik-adik," tulisnya.

Getaran juga tidak pasti hantaran Farid itu sebenarnya ditujukan kepada siapa. Namun yang pasti, keganasan terhadap wanita semangnya sesuatu yang tidak wajar dilakukan oleh kaum Adam. - Getaran, 8 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 4 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN