web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rentas Negeri Hadiri Kuliah, Bukan Sebab Jemputan Tokti – UAI

Selepas Neelofa, Tokti juga dikritik hebat apabila penganjuran majlis tahniknya dikatakan tidak mematuhi SOP seperti yang digariskan kerajaan.

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2021 5:48PM

Gambar: Instagram @ctdk

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penceramah popular Ustaz Azhar Idrus memaklumkan tujuan utama dirinya berada di Kuala Lumpur adalah bagi memenuhi undangan ceramah dan bukannya untuk menghadiri majlis tahnik Dato' Seri Siri Nurhaliza semata-mata.

Ustaz yang menetap di Terengganu itu dijadualkan menghadiri dua program iaitu Soal Jawab Agama Bersama Ustaz Azhar Idrus yang diadakan pada 25 Mac serta Kuliah Dhuha Khas Ramadan dan Soal Jawab Agama yang berlangsung pada hari berikutnya. Lokasi program berkenaan masing-masing di sekitar Setapak dan Cyberjaya.

Kebetulan berada di Kuala Lumpur, pendakwah itu berkesempatan hadir ke majlis aqiqah, maulid dan tahnik anak kedua penyanyi nombor satu negara itu yang berlangsung pada 26 Mac.

“Ustaz sudah kembali ke Terengganu pada 27 hari bulan memandangkan beliau ada program lain yang perlu dihadiri. Ustaz tahu mengenai perkara ini tapi malas layan,” kata pengurus kepada penceramah tersebut ketika dihubungi Getaran.

Ustaz Azhar Idrus merupakan salah satu daripada beberapa individu yang menjadi pertikaian kerana dikatakan gagal mematuhi prosedur operasi standard sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dijalankan. 

Nama lain yang turut terpalit dalam isu ini juga termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal Zain yang merupakan barisan tetamu istimewa yang diundang Siti sekeluarga. 

Pihak Getaran telah cuba mendapatkan respons maklum balas daripada pihak pengurusan Siti namun masih belum menerima apa-apa jawapan. - 2 Mei 2021

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN