web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Bulan Tak Ada ‘Job’, Johan As’ari Kini Aktif Buat ‘Live’ Di TikTok

Daripada asalnya sekadar suka-suka, dia kini semakin serius mahu bergelar Tiktoker kerana mampu  meraih pendapatan lumayan setiap bulan.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2023 9:06AM

Johan As'ari kini mula aktif sebagai TikToker. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mengakui sudah hampir tiga bulan tidak mempunyai sebarang tawaran berlakon, aktor Johan As’ari berkongsi berita bahwa dia  kini aktif membuat siaran di TikTok mengikut trend untuk menghasilkan konten.

Menurut Johan As’ari atau Johan Ariff As’ari, 37, tindakannya untuk bergiat  aktif di laman sosial TikTok menjadi bidang baharu yang diceburinya.

“Sebenarnya saya tak hiang ke mana-mana pun. Cuma memang sebelum ini dah tiga bulan saya tiada kerja dan tawaran berlakon. 

“Jadi saya terfikir untuk cuba nasib sertai TikTok. Dua minggu saya buat siaran langsung di medium ini, tak sangka boleh menjana pendapatan daripada situ.

“Yang lagi membuat saya terkejut adalah, kalau mengikut ranking, saya berada di kedudukan 46 terbaik di Malaysia,” katanya kepada Getaran.

Johan berkata demikian, ketika ditemui pada pelancaran Pejabat Urusan KamiSempoi International Agency (KSIA) cawangan Kuala Lumpur di Quill City Mall baru-baru ini.

Menurutnya, daripada asalnya sekadar suka-suka, dia kini semakin serius mahu bergelar Tiktoker kerana mampu meraih pendapatan lumayan setiap bulan.

Johan Ariff As’ari - Gambar fail
Johan Ariff As’ari - Gambar fail

Johan, 37 juga memberitahu, kesungguhannya mengadakan sesi ‘live’ setiap kali bersiaran di TikTok meletakkan namanya kini berada dalam senarai di antara 50 TikTokers terbaik Malaysia.

“Sejujurnya, saya tak ada niat pun cari duit dekat TikTok, hanya nak isi masa lapang disebabkan tidak mempunyai sebarang penggambaran drama.

“Saya hanya bersembang dengan peminat dan tak sangka, hari pertama bermain TikTok saya menerima banyak hadiah daripada mereka yang bermurah hati,” tambahnya.

Berkongsi lanjut, Johan yang mula mencipta nama selepas penampilan sebagai Botak menerusi drama dan filem Juvana, pada permulaannya dia tidak mempunyai peralatan yang lengkap untuk membuat kandungan ‘live’ di platform media sosial tersebut. 

“Saya hanya menggunakan bekas botol kurma sebagai tripod untuk mengadakan sesi siaran langsung bersama peminat. Santai sahaja, tak serius pun

“Malah topik yang dikongsikan juga adalah bersifat lebih santai dan ‘random’ dan bersahaja. Saya cuma ada satu telefon bimbit, pemegang telefon pun tak ada. Saya sandarkan telefon pada bekas kurma sahaja.

“Setiap hari pun saya akan berborak pasal benda yang sama sahaja, hari-hari saya akan cakap ‘hi guys saya minta maaf, saya bukan profesional’. 

“Banyak saya berbual berkenaan fasal kehidupan seharian. Saya rasa mungkin itu lebih menarik perhatian mereka kerana cara saya yang lebih  spontan apabila berkomunikasi,” katanya. – Getaran, 16 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN