web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Akhirnya Sidharth Malhotra Dan Kiara Advani Kongsikan Gambar Perkahwinan Mereka Di Media Sosial 

Mereka kelihatan cukup segak mengenakan baju pengantin di majlis perkahwinan ala Diraja Rajasthan yang dilangsungkan dengan cukup sempurna itu. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2023 4:50PM

Sidharth Malhotra dan Kiara Advani telah berkongsi gambar-gambar majlis perkahwinan mereka untuk tatapan peminat masing-masing. - Gambar dari media sosial Sidarth Malhotra 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak dua hari ini, majlis perkahwinan ala Diraja aktor Sidharth Malhotra dengan aktres Kiara Advani yang diadakan di Suryagarh Palace, Jaisalmer telah menjadi perbualan yang cukup hangat di kalangan netizen. 

Disebabkan tiada telefon bimbit dibenarkan dibawa masuk ke dalam majlis perkahwinan tersebut, maka tiada sebarang gambar perkahwinan mereka yang dapat dilihat oleh netizen. 

Namun, pasangan yang sudah pun bergelar Mr dan Mrs Shershaah ini akhirnya berkongsi gambar perkahwinan mereka menerusi media sosial masing-masing. 

Mereka kelihatan cukup segak mengenakan baju pengantin di majlis perkahwinan ala Diraja Rajasthan yang dilangsungkan dengan cukup sempurna itu. 

Menerusi sebuah video perkahwinan yang sedang viral, majlis perkahwinan mereka yang bertemakan merah jambu cair itu telah dilengkapi dengan band muzik yang dibawakan khas dari Delhi. 

Sidharth Malhotra dan Kiara Advani juga telah melalui beberapa upacara perkahwinan yang penting dan ia turut diakhiri dengan majlis tarian Bollywood.

Pasangan ini telah menari bersama tetamu-tetamu mereka. 

Ramai rakan selebriti yang turut mengucapkan tahniah buat pasangan raja sehari ini termasuk Alia Bhatt yang pernah menjalinkan percintaan dengan Sid sepanjang 2016 hingga 2017. – Getaran, 8 Februari 2023 

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 21 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN