web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sissy Iman Hilang Semangat - Tidak Jadi Lancarkan Album, Terus Jual CD Harga RM20 Sebagai Derma 

Gara-gara komen yang keterlaluan daripada Mas Idayu dalam program hiburan, Famili Duo baru-baru ini, ia nampaknya telah memberikan impak dan kesan yang cukup mendalam buat penyanyi dan pengacara Sissy Iman. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2023 4:03PM

Sissy Iman - Gambar dari Instagram 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Gara-gara komen yang keterlaluan daripada Mas Idayu dalam program hiburan, Famili Duo baru-baru ini, ia nampaknya telah memberikan impak dan kesan yang cukup mendalam buat penyanyi dan pengacara Sissy Iman. 

Sissy seolah-olah seperti terus hilang semangat untuk melancarkan album yang telah dirakamnya Studio Abbey Road di London pada tahun lalu.

Perkara itu telah diluahkan Sissy Iman di dalam hantaran di Instagramnya.

“Tanggal 2 Februari 2023 adalah hari yang sepatutnya Sissy lancarkan merchandise rasmi untuk album yang Sissy rakamkan tahun lepas di Abbey Road.

“Album fizikal telah pun siap dicetak. Kita tengah cetak ‘mug’, kemeja T dan beberapa barangan lain. Bercadang juga untuk kumpulkan rakan-rakan media dan kawan-kawan rapat untuk buat sidang media untuk berkongsi album yang Sissy usahakan dengan penuh kecintaan ini. 

“Tuhan sahaja yang tahu betapa terujanya Sissy terhadap semua ini tetapi sekarang ini, segala keterujaan itu dah lenyap sekarang ini,” katanya dengan nada sedih. 

Sissy juga mengakui apabila bangun dari tidur, dia tidak berdaya untuk melihat CD albumnya itu. 

“Pagi tadi bangun, bila nampak CD ni sissy rasa tak boleh tengok. Asalnya, Sissy nak jual RM50. Itu pun tak pulang modal apa pun, apatah lagi nak untung. 

“Album ni memang telan banyak sangat kos dan semua Sissy tanggung sendiri atas duit cari makan selama hampir 10 tahun merangkak dalam industri. 

“Tapi, saya rasa saya tak mampu melihatnya (CD) tanpa rasa sedih. Jadi, saya akan jual sahaja album ini sebagai derma. 

“Derma bermula RM20. Sissy minta maaf sebab kena letak sedikit harga untuk Sissy dapatkan sebahagian kos cetak dan postage saja. Andai, anda semua berminat, klik di pautan bioSissy ya. Terima kasih. Semoga Allah merahmati anda semua,” katanya. – Getaran, 24 Januari 2023 

Sorotan

1

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

2

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

4

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

5

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

6

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon