web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sukesh Chandrashekar Dakwa Nora Fatehi Mahu Hubungan Yang Serius, Minta Tinggalkan Jacqueline Fernandez

Sukesh dalam laporannya mendakwa Nora yang sering mencuci otaknya dan memaksanya untuk berpisah daripada Jacqueline Fernandez dan menjadikannya sebagai teman wanita.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2023 12:00PM

Sukesh dan Fernandez

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini, pelakon Nora Fatehi telah mendedahkan bagaimana kerjaya seninya hampir musnah apabila namanya turut terpalit dalam kes ‘konman’ (conman), Sukesh Chandrashekhar.

Bahkan, dia juga mendakwa bagaimana Sukesh Chandrashekhar sering memberitahunya bahawa dia mahu berpisah dengan Jacqueline Fernandez untuk menjalin hubungan dengannya, tetapi Nora sering mengelaknya.

Bagaimanapun, selepas membuat pendedahan tersebut, Sukesh Chandrashekhar pula tampil membuat kenyataan dengan mendakwa bahawa bukan dia yang mahu berpisah dengan Jacqueline Fernandez.

Jacqueline Fernandez
Jacqueline Fernandez

Sebaliknya Nora yang sering mencuci otaknya dan memaksanya untuk berpisah daripada Jacqueline Fernandez dan menjadikannya sebagai teman wanita.

Sukesh juga mendakwa bahawa Nora Fatehi pernah menghubunginya sebanyak 10 kali sehari dan jika dia tidak menjawab panggilannya, dia akan terus menghubunginya telefonnya secara berterusan.

Dengan adanya perkembangan terbaru susulan kes Sukesh Chandrashekhar ini, nampaknya baik Jacqueline Fernandez mahu pun Nora Fatehi akan berhadapan dengan masalah yang besar dan mungkin berkemungkinan kedua-dua mereka juga akan mengambil masa yang lama untuk keluar daripada krisis ini.

Dalam laporan kenyataannya, Sukesh mendakwa: “Ketika saya dan Jacqueline menjalinkan  hubungan yang serius, saya mula mengelakkan diri daripada Nora, tetapi dia terus menjengkelkan saya dengan menelefon dan meminta saya membantu Bobby (sepupunya) untuk menubuhkan sebuah syarikat produksi muzik, yang mana telah saya lakukan.

Nora Fatehi
Nora Fatehi

“Dia juga sering menghantar saya beberapa gambar beg Hermes dan barangan kemas yang dia mahukan, yang mana wajib bagi saya untuk memberinya.

“Dia ada menggunakannya (beg Hermes pemberian Sukesh). Cuba minta dia kemukakan resit daripada salah satu beg Hermes yang dimilikinya itu.

“Dia tidak akan mampu melakukannya kerana dia tidak memilikinya.

“Harga beberapa beg Hermes itu bernilai lebih daripada INR 2 crore (RM 1,051,048.20),” katanya.

Nora juga dihadiahkan kereta Mercedes daripada Sukesh Chandrashekhar dan dia mengakui menerima pemberian hadiah kereta tersebut sewaktu disosialsiasat.

Manakala Jacqueline dilaporkan mengaku menjalinkan hubungan Sukesh tetapi mendakwa bahawa Sukesh telah menipunya, bahkan dia juga sama sekali tidak mengetahui perbuatan jenayah lelaki tersebut dan berkeras mahu namanya digugurkan daripada kes ini. - Getaran, 24 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Aryan Khan dan Nora Fatehi Sedang Bercinta? Ini Kebenarannya Selepas Gambar Mereka Jadi Viral!

2

TARA 3 tahun yang lalu

Terkait Isu 'Scammer', Akhirnya Jacqueline Fernandez Dibenarkan Ikat Jamin

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 11 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...