web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Shakira Tahu Mengenai Kecurangan Pique Selepas Lihat Botol Jem Dalam Peti Sejuk

Menurut Shakira, Pique dan dua anak mereka tidak suka makan jem, tetapi jem di dalam peti sejuknya telah dimakan oleh seseorang sewaktu ketiadaannya di rumah.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2023 6:00PM

Shakira menyedari kecurangan Pique sebaik membuka peti sejuk di kediamannya. - Gambar Instagram Shakira

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hebatnya seorang wanita apabila dapat mengesan kecurangan pasangannya dalam pelbagai cara. Begitu juga dengan penyanyi terkenal Shakira apabila berjaya mengesan kecurangan pasangannya iaitu pemain bola sepak, Gerard Pique melalui botol jem.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh portal Mirror, Shakira telah membuka peti sejuk dirumahnya selepas pulang dari kembara dan mendapati ada orang telah memakan jem strawberi kepunyaannya.

Memandangkan Pique dan anak-anak mereka tidak suka memakan jem, dari situ Shakira mengesyaki bahawa ada perempuan lain yang telah masuk ke rumah mereka sewaktu ketiadaannya. 

Beberapa hari lalu nama Shakira menjadi bualan seluruh dunia apabila dia telah mengeluarkan lagu yang memerli Pique.

Lirik lagu itu lantas menjadi bualan hangat netizen di media sosial kerana antara bait-bait lirik lagu berkenaan berbunyi: 'you traded in a Ferrari for a Twingo, you traded in a Rolex for Casio'.

Selepas lagu itu menjadi tular, Pique dilihat dengan sengaja telah memandu kereta Twingo dan memakai jam tangan Casio sebagai membalas perbuatan Shakira yang memerlinya di dalam lagu tersebut. 

Shakira dan Pique mula menjalinkan hubungan cinta pada tahun 2010 selepas mereka berkenalan sewaktu Piala Dunia yang berlangsung di Afrika Selatan. Pique terlibat dengan muzik video lagu 'Waka Waka' yang dinyanyikan oleh Shakira.

Selama 11 tahun hidup bersama mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki berusia 10 dan 8 tahun. - Getaran, 18 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Saya Lawan Kerana Ia Tuduhan Yang Palsu - Shakira Jawab Isu Dakwaan Penipuan Cukai Bernilai Jutaan Ringgit

2

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Tipu Cukai, Pendakwa Raya Sepanyol Mohon Shakira Dikenakan Penjara Lebih 8 Tahun

3

Filem & TV 4 tahun yang lalu

Khai Bahar Duda Anak Satu Dalam Drama ‘Shakira’ 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 10 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN