Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Khai Bahar Duda Anak Satu Dalam Drama ‘Shakira’ 

Drama Akasia terbaharu di TV3, 'Shakira' menampilkan penyanyi popular, Khai Bahar sebagai salah seorang teraju utama membawakan watak duda anak satu.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2022 11:33AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Slot drama popular TV3, Akasia membawakan drama bersiri terbaharu berjudul Shakira, lakonan Janna Nick, Shukri Yahya dan Khai Bahar yang ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam bermula 5 Januari lalu. Ia turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQiyi pada hari sama selepas siaran di TV3. 

Drama bersiri 28 episod terbitan Wiranusa Corporation Sdn. Bhd. ini diarahkan oleh Idora Abdul Rahman manakala skrip pula ditulis Zarihah Hassan dan Zuraida Ramli.

Turut membintangi drama ini ialah Syerinie Myra, Nada Nursyuhada, Wan Raja, Ramona Zamzam, Marisa Yasmin dan Edika Yusof.

Menurut Idora, tarikan utama drama ini adalah gandingan tiga bintang utama dan jalan ceritanya.

“Keserasian mereka mudah dibentuk kerana saling mengenali apabila terlibat dengan aktiviti lumba kereta.

"Khai dipilih terbabit dalam drama ini kerana dia boleh berlakon. Lagipun, dia memang seorang penyanyi dan watak Irdi lakonannya merupakan penyanyi jalanan,” katanya. 

Sementara itu, Khai pula mengakui gementar menjiwai watak duda anak satu. 

“Perangai saya sebenarnya macam budak-budak. Jadi, untuk melakonkan watak sebagai duda agak susah.

"Sebagai rujukan sebelum masuk set penggambaran, saya banyak tonton drama yang mengisahkan bapa dan anak. Shukri banyak berkongsi ilmu lakonan dan membantu saya di lokasi," katanya. 

Tambah Khai lagi antara perkara paling sukar baginya ketika penggambaran adalah menjayakan babak marah sehingga terpaksa melakukannya berulang kali. 

“Saya bukan seorang yang pemarah. Saya tak pandai marah orang. Apabila kena lakonkan babak itu bersama Shukri, saya tak boleh tidur malam.

"Nasib baik Shukri faham situasi itu dan boleh tenangkan saya melalui pandangan matanya sahaja,” ujar Khai. 

'Shakira' lakonan Janna Nick mengisahkan perjalanan hidup gadis muda yang berliku. Membela nasib kakaknya, Hanisah yang tidak bahagia dalam perkahwinan, Shakira tekad melakukan apa sahaja bagi memulihkan emosi darah dagingnya itu. 

Dua beradik yatim piatu ini hidup susah sejak kecil malah menumpang teduh di rumah ibu saudara mereka, Aida yang tamak dan pentingkan diri. Aida juga sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan harta peninggalan ibu bapa Shakira dan Hanisah. 

Selepas Hanisah tamat pengajian dan mula bekerja, dia telah jatuh hati dengan Zakuan yang juga anak saudara Aida. Meskipun baru dua bulan berkenalan, Hanisah dan Zakuan mengambil keputusan untuk berkahwin. 

Aida mempergunakan Zakuan agar memujuk Hanisah menyerahkan duit simpanan yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pengajian Shakira di universiti. Semua duit itu dijadikan modal perniagaan Zakuan sehingga Shakira terpaksa menjadi penyanyi jalanan bagi membayar yuran pengajiannya. 

Hidup Hanisah terseksa apabila Zakuan suka berjudi dan berhutang keliling pinggang. Tekanan demi tekanan membuatkan Hanisah mengalami gangguan mental. Tidak sampai hati melihat keadaan kakaknya, Shakira berhenti belajar dan menjadi penyanyi jalanan sepenuh masa dengan kumpulan Busker Cinta Hati yang diketuai oleh Irdi.

Satu hari, Shakira ditawarkan menyanyi di sebuah resort baharu. Irdi menyokong keputusan Shakira. Dalam diam, Irdi menyukai Shakira tetapi dia tidak mampu meluahkan isi hatinya kerana masih dibelenggu rasa bersalah di atas kematian isterinya.  

Pada masa sama, Shakira bertemu Amir dan semakin rapat dengan jejaka itu.  Amir bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat sendiri dan pernah patah hati berikutan putus tunang empat tahun lalu. 

Jangan lupa menyaksikan drama yang penuh kisah suka duka serta romantis ini setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam hanya di TV3. - Getaran , 11 Januari 2022.

Gambar: Media Prima

Berita Berkaitan

1

Selebriti 7 bulan yang lalu

Selamat Jalan Raymond Goh

2

Selebriti 10 bulan yang lalu

Terjawab Segala Spekulasi - Janna Nick Dan Dini Schatzmann Selamat Diijabkabulkan, Pilih Koh Lipe Destinasi Bulan Madu Pertama

3

Selebriti 11 bulan yang lalu

Kenapa Janna Nick Sanggup Seksa Diri Untuk Bersenam? Bukan Pasal lelaki Atau Nak Nampak Seksi, Tapi Ini Sebabnya…. 

4

Selebriti 11 bulan yang lalu

Netizen Rayu Hisyam Hamid Supaya Jangan Jadi Lelaki Jahat, Tolonglah Kasihankan Lara! 

Sorotan

1

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

2

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

3

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

4

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

5

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

6

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

Disyorkan untuk anda

Muzik 2 jam yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

De Fam jawab kritikan dan jelaskan lirik lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri.

oleh Rahayu MN

Filem & TV 10 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

oleh Wartawan Getaran