web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Lawan Kerana Ia Tuduhan Yang Palsu - Shakira Jawab Isu Dakwaan Penipuan Cukai Bernilai Jutaan Ringgit

Shakira juga memberitahu bahawa dia mempunyai hutang sifar kerana dia sudah pun membayar kesemua yang didakwa sebagai hutangnya itu.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2022 8:27PM

Shakira - Gambar Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Shakira berkata, dakwaan penipuan cukai yang dibuat ke atasnya  adalah palsu dan dia yakin keadilan akan terbukti nanti. 

Shakira berkata demikian selepas dia diberi amaran bahawa dia boleh dipenjara sehingga lapan tahun jika didapati bersalah atas dakwaan penipuan cukai bernilai £12 juta (RM59,625, 600.00).

Pendakwa raya Sepanyol juga menuntut denda £19 juta (RM 94,40,200.00) terhadap bintang pop itu, atas dakwaan enam tuduhan menipu negara antara 2012 dan 2014.

Shakira atau nama penuh Shakira Isabel Mebarak Ripoll, 45, dituduh berpura-pura tinggal di luar negara dan menggunakan struktur korporat luar pesisir yang kompleks untuk mengelakkan cukai. 

Dia dituduh membuat pengaturan secara haram itu dari 2012 dan 2014, sewaktu menjalinkan hubungan dengan pemain bola sepak Gerard Pique yang menetap dan bermain di Barcelona.

Dalam wawancara bersama majalah Elle, menafikan segala dakwaan yang dibuat ke atasnya, bahkan memberitahu bahawa dia sudah pun membayar ke semua yang didakwa sebagai hutangnya itu. 

Ditanya mengapa beliau melawan pertuduhan itu, Shakira berkata: "Kerana saya perlu perjuangkan apa yang saya percaya; kerana ini adalah tuduhan palsu. Pertama sekali, saya tidak menghabiskan 183 hari pada masa itu. 

"Saya sibuk memenuhi komitmen profesional saya di seluruh dunia. Kedua, saya telah membayar semua yang mereka dakwa saya berhutang, walaupun sebelum mereka memfailkan tuntutan mahkamah.

"Jadi sehingga hari ini, saya mempunyai hutang sifar dengan mereka. Saya juga turut dinasihatkan salah satu daripada empat firma pakar cukai terbesar di dunia iaitu PricewaterhouseCoopers. Jadi, saya yakin bahawa saya melakukan perkara dengan betul dan telus dari hari pertama,” katanya. 

Shakira mendakwa bahawa pihak berkuasa cukai Sepanyol sering menggunakan kempen 'jahat' terhadap orang ramai untuk mencuba dan mempengaruhi pendapat umum terhadap mereka.

“Walaupun tanpa bukti untuk menyokong dakwaan fiksyen tersebut, seperti biasa, mereka telah menggunakan kempen akhbar jahat untuk cuba mempengaruhi orang ramai, dan mengenakan tekanan dalam media beserta dengan ancaman kerosakan reputasi  sebagai satu cara untuk  memaksa perjanjian penyelesaian dilakukan,” katanya. 

“Pihak berkuasa cukai Sepanyol memang diketahui sering melakukan perkara yang tidak adil seperti ini seperti ini. Bukan sahaja di kalangan selebriti seperti saya atau, Cristiano (Ronaldo), Neymar dan ramai lagi tetapi juga kepada pembayar cukai biasa,” katanya. – 26 September 2022

Isu Pada

Alena Murang: Ini Identiti Saya

24 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Mahkamah Arahkan Jovian Mandagie Jelaskan Hutang RM10 Juta

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Gangguan Seksual Terhadap Remaja, Doktor ‘Jijik’ Dicekup

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Gajah Liar Ganggu Penduduk Ditangkap

4

Kolum 2 tahun yang lalu

Bersediakah Kita Menempuhi Tsunami Cukai Yang Bakal Melanda?

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan