web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Berdepan Dengan Ujian Yang Besar, Ini Cara Puteri Sarah Liyana Berdoa Kepada Tuhan! 

Dalam perkongsian bersama Neelofa, Puteri Sarah Liyana turut mendedahkan cara berdoa yang paling betul kepada Allah SWT. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2023 4:00PM

Puteri Sarah Liyana - Gambar Instagram Puteri Sarah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apabila kita berhadapan dengan sebarang masalah atau ujian hidup yang penuh mencabar, kita pasti akan meminta pertolongan daripada Allah SWT dengan berdoa, memohon petunjuk serta bersujud kepadaNYA. 

Itulah yang dilakukan Puteri Sarah Liyana sepanjang berdepan dengan kemelut rumahtangga yang tiada kesudahan selama empat tahun, sehingga dia mengambil keputusan untuk memfailkan perceraian ke atas Syamsul Yusof, apabila dia tidak berjaya menemui jalan perdamaian selepas suaminya itu berkahwin lain dengan Ira Kazar di Selatan Thailand. 

Dalam perkongsian bersama Neelofa, Puteri Sarah Liyana turut mendedahkan cara berdoa yang paling betul kepada Allah SWT. 

Kata Puteri Sarah Liyana, sebelum ini dia sering bermohon kepada Allah SWT untuk diberikan kekuatan. 

Puteri Sarah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, semalam. - Gambar Puteri Sarah
Puteri Sarah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, semalam. - Gambar Puteri Sarah

“Bila kita minta kekuatan, memang Allah akan bagi kita ujian banyak-banyak. Sebab Allah nak uji kita. Bila Allah bagi ujian, kita kuat. Memang betul apa saya dapat. Sebab itu yang saya mintakan. 

“Sepatutnya, kita berdoa, Ya Allah, Yah Rahman, Ya Rahim, berikan aku kesabaran dan ketenangan untuk hadapi segala masalah yang ada. Barulah kita tenang dan sabar. 

“Itulah cara saya positifkan diri sendiri. Sampailah sekarang ini, saya jadi positif sendiri. Betul orang kata, bila kita positif, kita akan ‘menarik’ benda positif. Tapi, bila kita negatif, kita akan ‘menarik’ benda yang negatif.

“Jadi, kita kena sentiasa kena husnuzon dan positif walaupun kita tahu ada banyak benda buruk yang ada di sekeliling kita,” katanya. 

Pagi semalam, Puteri Sarah Liyana telah memfailkan tuntutan cerai itu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Menurut Puteri Sarah, Keputusan memfailkan perceraian itu adalah muktamad dan tidak akan menarik balik hasratnya walau apapun berlaku.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Sumayyah, 3. – Getaran, 17 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Syamsul Yusof, Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Puteri Sarah Tunai Umrah Lagi, Kali Ini Bersama Ibu Bapa 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Syamsul Yusof Tarik Balik Saman Terhadap JAWI, MAIWP

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ini Jumlah Nafkah Yang Perlu Dibayar Oleh Syamsul Yusof Kepada Anak-Anaknya Dan Juga Bekas Isteri 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 16 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN