web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bintang 'Reply 1988', Ryu Jun Yeol Dengan Watak Jhung-hwan Disyaki Menganiaya Pengurusnya 

Kontroversi itu tercetus apabila itu telah menjadi tetamu dalam program 'streaming' secara langsung oleh YouTuber popular, Chim Chak Man.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2023 1:13PM

Ryu Jun Yeol - Instagram Ryu Jun Yeol

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aktor kacak, Ryu Jun Yeol yang mencipta nama dengan watak Jhung-hwan menerusi siri K-drama popular, ‘Reply 1988’ disyaki menyalahguna kuasa ke atas pengurusnya selepas membuat pendedahannya bahawa pengurusnya telah mencuci pinggan makanannya. 

Pada November 2022, pelakon itu telah menjadi tetamu dalam program streaming secara langsung oleh YouTuber popular, Chim Chak Man.

Dalam siaran langsung itu, Ryu Jun Yeol dan Chim Chak Man telah mempromosikan gaya hidup "Sifar Sisa’ atau ‘Zero Waste". 

Ryu Jun Yeol mendedahkan bahawa dia tidak menggunakan peralatan plastik atau bekas plastik dan sebaliknya menyatakan bahawa dia membawa pinggan yang dia gunakan untuk makan.

Kontroversi bagaimanapun mula timbul, apabila Chim Chak Man bertanya kepada pelakon itu sama ada dia akan pulang ke rumah dan mencuci pinggan makanannya, yang mana pelakon dengan wajah tenang menjawab, bahawa pengurusnya mencuci peralatan tersebut. 

Sebaik sahaja, Ryu Jun Yeol mengeluarkan kenyataan tersebut, ruang perbualan tiba-tiba menyala tanda protes. 

Chim Chak Man kemudian cuba meredakan suasana dan keadaan dengan memberitahu bahawa tidak kisahlah siapa pun yang membasuhnya secara bergurau. 

“Pengurusnya (Ryu Jun Yeol) tentulah juga menjalani gaya hidup yang sama. Dari sudut pandangan mumi, tidak kira siapa yang terpaksa membasuhnya,” katanya. 

Segmen ini kemudian semula dan menjadi viral pada 2 Januari lalu. Ramai netizen mengkritik pelakon itu dan berpendapat bahawa mencuci pinggan pelakon tidak seharusnya menjadi tugas pengurus pelakon itu.

• “Hanya kerana anda menjalani gaya hidup 'Sisa Sifar' tidak bermakna anda harus membiarkan orang lain membasuhnya. Ia akan lebih bermakna jika anda melakukannya sendiri, bukan?”. 

• "Tetapi anda juga mempunyai tangan, jadi mengapa? Anda harus membersihkan apa yang anda makan”. 

• "Saya rasa orang yang menjalani gaya hidup 'Sisa Sifar' adalah pengurusnya."

• "Keyakinan beliau sentiasa menjadi masalah."

• "Apa? Ini sangat mengecewakan”

• "Menjadi pengurus adalah sukar."

• "LOL. Wah, saya sangat benci ini, LOL. Adakah (pengurus) perlu mencuci pinggan mangkuk selebriti mereka? LOL."

Menurut laporan berita, syarikat pengurusan pelakon itu telah dihubungi beberapa kali untuk mendapatkan komen tetapi mereka masih belum memberikan apa-apa respon berhubung kontroversi tersebut. – Getaran, 6 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Reply 1988 Masih Trending Di Tahun 2022, Bukti Kdrama Ini Punya Impak Luar Biasa Kepada Penonton 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 22 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 36 minit yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...