web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tahun Pertama Kahwin Memang Berat, Tapi Ia Tetap Perkara Indah - Kamal Adli

Kamal menganggap cabaran yang dilalui adalah perkara biasa yang dilalui semua pasangan berkahwin agar dapat mengenali hati budi pasangan.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2023 8:00PM

Kamal turut beruntung kerana keluarga mentua menghargai kehadirannya. - Gambar dari Instagram Uqasha Senrose

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Kamal Adli tersenyum mesra dan bersyukur diulit bahagia melayari setahun usia bahtera perkahwinannya bersama-sama Uqasha Senrose.

Mengakui banyak cabaran, namun Kamal menganggap ia sebuah proses biasa yang dilalui semua pasangan berkahwin agar masing-masing lebih mengenali hati budi pasangan.

“Alhamdulillah, banyak yang kami belajar sepanjang hidup berdua dan semuanya mematangkan. Apa yang kami lakukan, kita kena fikir segalanya berdua.

“Tahun pertama kahwin ini memang berat sebab biasalah, kita baru nak kenal pasangan kita. Ingat lagi kami sambut ulang tahun perkahwinan kami semasa kami sedang berniaga di sebuah festival. Saya dan Uqasha hanya sempat berehat sekejap dan makan bersama-sama.

“Kami masing-masing tak sangka sudah setahun rupanya kami menjadi suami isteri,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis tayangan perdana filem ESCAPE baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, Kamal turut beruntung kerana keluarga mentua menghargai kehadirannya dan kerap berkumpul untuk melakukan aktiviti bersama-sama.

“Banyak memori gembira setahun ini seperti akhirnya saya bawa balik seorang isteri ke kampung untuk sambut hari raya selepas 35 tahun.

“Uqasha sangat gembira bangun awal pagi dan pergi rumah saudara-mara. Sama juga semasa hari raya Aidiladha, saya pulang ke Kelantan tempat Uqasha. Saya bantu orang di sana lakukan korban.

“Baru-baru ini keluarga saya dan Uqasha berkumpul ramai-ramai dan pergi berkelah sempena tahun baru,” ceritanya.

Selepas membintangi banyak drama bersama-sama, Kamal merasakan sudah masanya dia dan Uqasha menolak tawaran untuk digandingkan di drama yang sama buat sementara.

“Saya tidak mahu penonton merasakan, balik-balik muka kami berdua sahaja. Saya rasa sudah masanya saya lepaskan Uqasha berlakon dengan hero lain. Saya perlu beri ruang kepada dia untuk bekerja dan berkarya dengan orang lain,” kata Kamal.

Terdahulu, Kamal dan Uqasha selamat disatukan di sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang pada 5 November 2021.

Pengenalan mereka bermula apabila masing-masing terjebak cinta lokasi drama Setelah Terlafaznya Akad dan bercinta selama dua tahun sebelum ke jinjang pelamin. - Getaran, 4 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Uqasha Senrose Umum Hamil Anak Pertama

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Uqasha Senrose Perjelas Babak Berkemban Dan Berpelukan Dengan Amirul Affendi Dalam Filem Sumpahan Jerunei

3

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Peguambela Penyerang Kamal Adli Mohon Penilaian Psikiatri Sekali Lagi

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Siasatan Lanjut Penyerang Kamal Adli, Mahkamah Singapura Tangguh Kes 10 Julai

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 15 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN