web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bintang ‘Single’s Inferno’, Kim Jin Young Dikecam Kerana Penyelewengan Budaya

Dalam episod kelima, Kim Jin Young telah dihantar ke pusat peranginan, Paradise bersama peserta wanita bernama Shin Seul Ki pada waktu malam. Saat itu, dia telah mendedahkan tatu pada bahagian sebelah lengannya. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2023 5:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Program realiti Korea popular di Netflix ‘Single’s Inferno’ telah kembali dengan musim kedua pada penghujung 2022 apabila menampilkan sekumpulan lelaki dan wanita bujang yang terdampar di pulau terbiar ‘Inferno’ untuk mencari cinta.

Pada babak akhir episode ketiga, kita telah diperkenalkan dengan seorang jejaka kacak yang pemalu bernama Kim Jin Joung. Jejaka ini dengan pantas telah berjaya mencuri perhatian penonton dengan sikap dan perwatakannya yang tenang, acuh tidak acuh tetapi penuh maskulin.

Segelintir penonton pula membandingkan perwatakannya itu dengan anggota BTS, Jungkook. Namun, segelintir pula telah mengkritik dan menghentam jejaka ini setelah mendapat terdapat penyelewengan budaya yang dilakukannya.

Jin Young bersama Shin Seul Ki - Gambar tangkap layar TikTok Jin Young
Jin Young bersama Shin Seul Ki - Gambar tangkap layar TikTok Jin Young

Dalam episode kelima, Jin Young telah dihantar ke pusat peranginan, Paradise bersama peserta wanita bernama Shin Seul Ki pada waktu malam. Saat itu, dia telah mendedahkan tatu pada bahagian sebelah lengannya.

Seul Ki bertanya kepada Jin Young, apakah maksud tatu yang terdapat di lengannya itu. Jin Young menjawab: “Ia membawa maksud pahlawan”.

Pada awalnya, Seul Ki telah tersalah dengar dan menganggap Jin Young cuba memberitahu bahawa maksudnya adalah malaikat. Jadi, dia bertanya Jin Young sama ada dia seorang yang kuat agama.

Jin Youg kemudian mengulang semula maksud tatunya dan memberitahu bahawa ia mewakili latar belakang dirinya sebagai bekas anggota The Republic of Korea Navy Special Warfare Flotilla atau dikenali sebagai ROKN UDT/SEAL.

Kemudian apabila dia berenang di dalam kolam renang, penonton dapat melihat keseluruhan tatu di bahagian sebelah lengannya itu yang turut meliputi sebahagian dadanya dan di bahagian belakang badannya

Tangkap layar TikTok Jin Young
Tangkap layar TikTok Jin Young

Namun, pengguna TikTok @polychbin..j telah memuat naik video Jin Young di dalam kolam renang itu dengan menggunakan audio seorang pengguna TikTok lain iaitu  @ayoautimus dengan kata-kata: “Saya mendengar orang-orang saya, tetapi saya tidak melihat orang-orang saya”. (“I keep hearing my people, but I’m not seeing my people’),” katanya.

Apa yang dimaksudnya di dalam video itu adalah tatu yang terdapat pada sebahagian lengan, dada dan belakang badan Jin Young jelas sekali adalah tatu milik kaum asli atau ‘tribal tattoo’ orang Polynesia termasuk dari Maori, Samoa, Tahiti dan Hawaii.

Dan, apa yang membuatkan orang-orang Polynesia tersinggung dengan tatu Jin Young itu adalah apabila dia turut menyelitkan gambar peluru di dalam rekabentuk ‘tribal tattoo’ itu.  Ia dianggap satu percanggahan budaya.

Seperkara lagi, apa yang membuatkan mereka berasa kurang senang adalah apabila Jin Young menggunakan reka bentuk tatu tersebut yang sepatutnya hanya boleh digunakan di kalangan orang-orang yang memiliki latar belakang dan budaya Polynesia. - Getaran, 4 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 2 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN