web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hanya Dengan Sijil SPM, Budak Setinggan, Azri Walter Buktikan Dia Mampu Jadi Usahawan Berjaya 

Hanya berkelulusan SPM, Azri mengakui, penglibatannya dalam dunia perniagaan bermula tanpa modal wang dan hanya bermodalkan peluh keringat menjual produk orang di jalanan secara jualan langsung (direct selling). 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2023 8:11PM

Azri Walter - Gambar Instagram Azri Walter

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Usaha tangga kejayaan! Seringkali kita mendengar kata-kata ini. Namun, percayalah kata-kata ini sememangnya mengandungi banyak kebenaran. Buktinya? 

Lihat sahaja Azri Walter, usahawan yang berjaya mencetuskan dan mengembangkan jenama produk Walter daripada Barbershop kepada bermacam produk lain. 

Menurut Azri, dia pada asalnya adalah seorang budak yang membesar di kawasan setinggan dan rumah flat kos rendah.

Bapanya, adalah seorang pemandu lori, namun berjaya mendidiknya menjadi seorang anak jantan. 

“Seawal usia kanak-kanak saya telah menggalas tanggungjawab yang besar. Saya pernah mewakili negara dalam sukan bola sepak sejak umur 12 tahun, mewakili negara skuad kelayakan piala dunia remaja dan kerjaya profesional terakhir Selangor Liga Super. 

“Berhenti main bola, kerja restoran pizza bahagian dapur, kerja kilang kimia, kerja stor, jadi despatch dan terakhir sebagai penjawat awam gred N17 (guna sama Am),” katanya membuka kisahnya dirinya melalui sebuah perkongsian di Instagram.

Hanya berkelulusan SPM, Azri mengakui, penglibatannya dalam dunia perniagaan bermula tanpa modal wang dan bermodalkan peluh keringat menjual produk orang di jalanan secara jualan langsung (direct selling). 

Dia kemudian menjadi pengasas jenama Walter apabila membina 30 rangkaian Walter Barbershop tanpa pinjaman bank dan geran. 

Dia kemudian mencetuskan Walter pomade, membina team jualan, membina Walter clothing, membuka Walter Food (estaplanta), membuka Walter College, menulis buku The Walter Way, Ebook J2J.

“Banyak lagi industri akan dibuka pada tahun ini. Dengan ketajaman minda saya memahami sesuatu perkara dari sudut yang berlainan daripada kebanyakan orang serta berprinsipkan gerak kerja henyak sampai lunyai membuatkan Azri Walter sentiasa digeruni oleh musuh di setiap pelusuk jagat raya,'' katanya.. 

Dia memuat naik perkongsian berkenaan selepas tersebarnya video Azri Walter merata-merata di media sosial. 

“Ada yang baru jadi followers dan ada yang baru jadi haters. Salam perkenalan semua, Segala puji kembali kepada Allah,” katanya. 

Sepanjang terlibat dalam dunia perniagaan, Azri juga pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013, Ikon Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2019 serta Rising Star Awards oleh Malaysia Innovation Centre 2018.

Bahkan, dia juga banyak berkongsi video-video berbentuk motivasi kepada pengikut-pengikutnya di Instagram – Getaran, 2 Januari 2023

 

Berita Berkaitan

1

Usahawan 1 minggu yang lalu

Pop Meals Terima Pensijilan Halal, Mahu Kembang Operasi Seluruh Malaysia 

2

Usahawan 3 bulan yang lalu

Capal Jago Kepala Batas: Warisan 6 Dekad Jadi Pilihan PM

3

Usahawan 2 tahun yang lalu

Kedai Kopi Jalan Ampas Imbau Nostalgia Filem Melayu Lama

4

Usahawan 2 tahun yang lalu

Pengusaha Harumanis Tak Menang Tangan Penuhi Permintaan Pelanggan

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN