Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Wedding Of The Year - Busana Songket Reen Rahim Dan Pasangannya Di Majlis Resepsi Mereka Curi Tumpuan 

Busana songket beridentitikan tradisi yang dipakainya itu benar-benar menarik perhatian ramai netizen. Sehingga ada yang menganggap ia adalah rekaan paling cantik yang digayakan Reen Rahim. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2022 7:02PM

Reen Rahim dan suami, Ahmad Nur Hazim menggayakan busana daripada Rizman Ruzaini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Gempak habis, wedding of the year ini!’.

Itulah reaksi ramai terhadap majlis resepsi perkahwinan pasangan pelakon jelita Reen Rahim bersama jejaka pilihan hatinya yang juga ahli perniagaan dan penggiat seni, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, yang telah berlangsung di Glass House, Ruscus Hall, Forest Valley, Bandar Mahkota Cheras, malam Ahad lalu. 

Reen Rahim atau nama sebenar Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34 telah menggayakan beberapa busana daripada pereka terkenal, Rizman Ruzaini sepanjang menempuh hari bahagianya yang diadakan selama tiga hari berturut-turut. 

Reen Rahim popular dengan watak Kak Su dalam drama bersiri Pujaan Hati Kanda.
Reen Rahim popular dengan watak Kak Su dalam drama bersiri Pujaan Hati Kanda.

Bermula dengan majlis berinai, majlis akad nikah, disusuli dengan majlis resepsi perkahwinannya, kesemua busana pengantin yang dipakainya itu menjadi tular di media sosial. 

Namun, pada majlis resepsi perkahwinannya itu, busana songket beridentitikan tradisi yang dipakainya itu benar-benar menarik perhatian ramai netizen.

Sehingga ada yang menganggap bahawa ia adalah rekaan paling cantik yang digayakan Reen Rahim. 

Rekaan busana tersebut cukup menaikkan seri pengantin jelita yang popular dengan watak Kak Su dalam drama bersiri Pujaan Hati Kanda ini dan ia cukup padan dengannya. 

Pasangan raja sehari ini bersanding di atas pelamin.
Pasangan raja sehari ini bersanding di atas pelamin.

Bahkan, kombinasi warna unik pada songket yang lain dari yang lain itu, membuat ramai yang terpesona. Tidak hairanlah jika ada yang menggelarkan majlis perkahwinannya itu sebagai ‘wedding of the year’. 

Majlis resepsi perkahwinannya itu juga diadakan dengan cukup meriah apabila dihadiri ramai tetamu termasuk media, rakan selebriti, tetamu-tetamu penting yang lain serta keluarga di kedua-dua belah pihak. 

Kombinasi warna unik pada songket yang dipakai pengantin ini membuatkan ramai yang terpesona.
Kombinasi warna unik pada songket yang dipakai pengantin ini membuatkan ramai yang terpesona.

Selain upacara berarak masuk, bersanding di pelaminan, upacara memohon restu keluarga, makan beradab dan memotong kek, pasangan pengantin ini juga dihiburkan dengan persembahan tarian tradisional daripada sekumpulan penari. 

Memang meriah sungguh majlis resepsi perkahwinan Reen dan pasangannya. Pasangan merpati sejoli ini yang mula berkenalan sejak dua tahun lalu telah mengikat tali pertunangan pada 12 Ogos lalu.

Reen bergambar bersama keluarga.
Reen bergambar bersama keluarga.

Pada majlis akad nikah mereka, Reen dan ahli perniagaan berusia 28 tahun itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Abdul Rahim Abd. Kadir di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim dengan mas kahwin RM1,988 berserta sedulang barang kemas pada 24 Disember lalu.

Memilih busana sedondon putih pada hari bahagia mereka, upacara akad nikah disaksikan oleh kira-kira 400 tetamu yang hadir.

Bacaan doa pada majlis resepsi Reen dan suami yang turut dihadiri rakan-rakan artis.
Bacaan doa pada majlis resepsi Reen dan suami yang turut dihadiri rakan-rakan artis.

Sebelum majlis pernikahan, Reen terlebih dahulu diraikan dalam majlis berinai bertemakan Bollywood di Hulu Langat pada 23 Disember lalu.

Majlis perkahwinan Reen dan pasangan selama tiga hari berturut-turut itu juga mendapat tajaan bernilai RM15 juta dalam pelbagai bentuk. 

Getaran turut kongsikan gambar-gambar menarik majlis resepsi perkahwinan Reen dengan Ahmad Nur Hazim– Getaran, 28 Disember 2022.





 

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Budaya 13 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 5 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran