web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nad Zainal Beransur Pulih, Sudah Boleh Berjalan Dan Ketawa – Sharulezad Mohameddin 

Nad Zainal bagaimanapun masih perlu berehat panjang untuk memastikan paru-parunya semakin pulih dan kuat akibat luka ketika perdarahan tempohari. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2022 12:15PM

Nad Zainal - Gambar dari Instagram 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Drama bersiri Cina Buta yang menggandingkan pelakon Nad Zainal dengan Ungku Ismail sebagai teraju utama sudah pun mula ditayangkan di Astro Ria, sejak semalam. 

Selaku penerbit dan pengarah, Sharulezad Mohameddin telah berkongsi perkembangan Nad Zainal atau Farah Nadia Zainal Abidin, 32. 

Kata Shahrulezad menerusi hantaran di media sosialnya, keadaan Nad Zainal telah beransur pulih, bahkan dia sudah pun sedar serta tidak lagi dirawat di Unit Perawatan Rapi (ICU). 

“Untuk pengetahuan semua, keadaan Nad sekarang sangat baik. Dia bukan lagi di ICU. Tidak lagi ditidurkan dan tidak perlu mengunaakan intuber. 

“Dia sudah sedar, boleh berbual dan bergelak ketawa. Malah sudah boleh berjalan sendiri ke tandas, “katanya. 

Bagaimanapun Shahrulezad menjelaskan, Nad Zainal masih perlu berehat panjang untuk memastikan paru-parunya  semakin pulih dan kuat akibat luka sewaktu perdarahan tempohari. 

Namun, hantaran di media sosial yang dimuat naik Sharulezad itu telah pun dipadam dan tidak lagi kelihatan. 

Nad dilaporkan sudah sedar, boleh berbual dan bergelak ketawa, malah sudah boleh berjalan sendiri ke tandas.
Nad dilaporkan sudah sedar, boleh berbual dan bergelak ketawa, malah sudah boleh berjalan sendiri ke tandas.

Jelas Shahrulezad lagi, dia juga mempunyai alasan untuk tidak terlalu kerap berkongsi perkembangan keadaan kesihatan Nad demi menjaga perasaan ibu bapa kepada aktres itu. 

“Saya kasihan ibu bapa dia dan mengutamakan kesihatan Nad sendiri. Nad anak tunggal, jadi bila berita bukan-bukan bersepah sana-sini bayangkan perasaan ibu bapa dia berdepan fitnah.

“Mereka tiada anak lain yang boleh bantu mereka menepis rasa cemas bila cerita fasal Nad keluar. Jadi saya dan rakan-rakan tapis dahulu dan kurangkan update fasal Nad melainkan untuk kami sahaja,” katanya. 

Drama bersiri Cina Buta menggandingkan Nad Zainal dengan Ungku Ismail dalam drama Cina Buta.
Drama bersiri Cina Buta menggandingkan Nad Zainal dengan Ungku Ismail dalam drama Cina Buta.

Nad sudah hampir sebulan menerima rawatan di Hospital Pakar KPJ, Ampang Puteri akibat pendarahan paru-paru serta ditidurkan untuk menyembuhkan paru-parunya. 

Dalam perkembangan lain, drama Cina Buta terbitan Radius One kini bersiaran di Astro Citra Setiap Isnin hingga Khamis. Ia turut dijayakan puteri Aishah, Alif Aziz, Didie Alias, Azhan Rani dan Anas Ridzuan. 

Terdahulu pada 22 November, media melaporkan Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 32, dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) akibat jangkitan kuman dan paru-paru berdarah.

Ibu tunggal anak dua itu juga ditidurkan sebagai satu proses rawatan supaya paru-parunya kembali berfungsi dengan baik. – KOSMO! ONLINE

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Nad Zainal Dan Ungku Ismail Dituduh Sombong Ketika Ditegur Peminat, Ini Respon Tuan Punya Badan

3

TARA 3 tahun yang lalu

Tamatkan Spekulasi Percintaan Mereka, Nad Zainal Dan Ungku Ismail Bernikah, Mas Kahwin RM1,000

4

TARA 3 tahun yang lalu

Terharu Ramai Menyayanginya, Nad Zainal Bakal Kongsi Kisah Sepanjang Tidak Sedarkan Diri 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 10 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN