Berita Terkini

7 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Terharu Ramai Menyayanginya, Nad Zainal Bakal Kongsi Kisah Sepanjang Tidak Sedarkan Diri 

“Saya ambil keputusan untuk berehat selama dua bulan untuk benar-benar persiapkan diri saya. Sebab, kalau saya nak berlakon pun, saya mahu berikan yang terbaik. Saya tak bagi separuh-separuh,” kata Nad Zainal.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2022 5:00PM

Nad Zainal - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah sebulan bertarung nyawa akibat penyakit jangkitan kuman dan paru-paru berdarah, akhirnya Nad Zainal telah membuat kemunculan di akaun TikToknya secara live, malam tadi. 

Biarpun secara zahir Nad kelihatan sihat serta  sudah mampu tersenyum dan berbicara, namun dia mengakui masih menghadapi kesukaran untuk bercakap. 

“Minta maaf mungkin sepanjang video live ini, saya hadapi kesukaran untuk bercakap, nafas tercungap-cungap atau suara sedikit perlahan atau ada waktu diam  sebentar.  Anda semua sedia maklum keadaan saya. 

“Setelah bertarung nyawa selama sebulan, Alhamdulillah. Dia perkenankan doa saya untuk kembali kepada keluarga. Saya bersyukur yang amat sangat. 

“Tak sangka, ramai yang sayang. Terima kasih. Ini adalah satu pengalaman yang tak dapat saya lupakan. Satu pengajaran untuk saya sayangi diri saya, menjaga diri, menjaga kesihatan dan menghargai semua yang ada di sekeliling saya. 

“Saya buat live video ini bukan untuk berkongsi apa yang saya lalui tetapi untuk berterima kasih. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang banyak mendoakan saya. Terima kasih kepada keluarga yang tidak pernah berenggang dengan saya, papa dan mama. 

“Saya juga nak berterima kasih kepada mereka yang membuat tabung-tabung untuk saya khususnya rakan-rakan seperjuangan serta teman rapat, Engku Ismail. Terima kasih banyak-banyak. 

“Juga kepada Datin Marlia Musa, Pak Nil, Sherry Alhadad, Datin Seri Paduka Umie Aida, Erma Fatima, Didie Alias, Fasha Sandha dan ramai lagi yang telah juga buat macam-macam termasuk menganjurkan doa selamat dan mengadakan solat hajat,” katanya. 

Nad juga memaklumkan dia mendapat pelbagai mesej menerusi DM di Instagram, namun meminta maaf kerana tidak dapat membalas kesemuanya. 

“Saya dimasukkan ke wad ICU dan di wad itu saya tak dibenarkan bawa telefon bimbit. Sepanjang sebulan saya ditempatkan di tiga hospital di wad yang sama sehingga ke penghujung rawatan,” katanya. 

Jelas Nad, waktu itu dimasukkan ke ICU, dia memang tidak tahu apa yang berlaku kerana dia tidak sedar selepas ditidurkan untuk menjalani rawatan memulihkan paru-parunya. 

“Saya tak tahu pun penyakit saya ini serius. Bila saya sedar dan sudah boleh balik, rupanya keadaan saya sangat teruk dan orang-orang yang sayangkan saya berasa risau. 

“Terima kasih kepada kawan-kawan industri seni yang datang dan penuhkan hospital. Waktu mereka datang, saya memang tak sedar. Tapi, papa dan mama pun cakap semua orang sedih. 

“Sebab memang orang ingat saya ini sudah di hujung-hujung. Tapi, berkat doa dan kata-kata semangat, saya ada di sini lagi. 

“Saya akan kongsikan apa yang jadi waktu saya tak sedarkan diri nanti. Macam tak cukup waktu untuk saya ceritakan sekarang,” tuturnya. 

Tangkapan layar video 'live' Nad Zainal
Tangkapan layar video 'live' Nad Zainal

Nad turut menjelas, biarpun keadaan luarannya sudah semakin pulih, namun dia masih memerlukan rehat. 

“Saya tak boleh lawan (proses pemulihan). Selama ini, saya selalu gagahkan diri (melaksanakan kerja). Saya cakap saya boleh, saya boleh, walhal saya tidak boleh. 

“Jadi, saya ambil keputusan untuk berehat selama dua bulan untuk benar-benar persiapkan diri saya. Sebab, kalau saya nak berlakon pun, saya mahu berikan yang terbaik. Saya tak bagi separuh-separuh. 

“Jadi, kalau saya kembali balik (berlakon), saya nak kembali dalam keadaan yang benar-benar sihat,” katanya. 

Nad Zainal juga tidak dapat melupakan jasa beberapa kakitangan hospital yang banyak membantunya sepanjang dia berada di ICU. 

“Terima kasih kepada semua terutama Kak Lah. Dia banyak melihat sendiri saya punya ‘struggle’ di dalam wad. 

“Saya rasa macam takkan kembali. Saya rindu keluarga dan anak-anak. Saya hampir jadi gila sebab tak dapat jumpa diaorang. 

“Takpelah, yang itu nanti saya akan ceritakan lebih lanjut. Yang penting, saya bersyukur sebab saya dah keluar dan terharu yang amat sangat sebab ramai yang sayangkan saya dan doakan saya,” katanya. – Getaran, 25 Disember 2022

Isu Pada

Tabitha Lam Impian, Keyakinan Diri, Kuasa Dolla!

24 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 1 minggu yang lalu

Wanita Orang Asli Berjaya Bina Rumah Hasil Jualan Di TikTok

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Isu Pemilikan Akaun Kanak-Kanak Bawah Umur Akan Dibincang Dengan TikTok - Fahmi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Ancam Keselamatan PM, Pemandu Lori Dipenjara 6 Bulan

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Bukit Aman Siasat Pengguna TikTok Tawar RM5 Juta Bunuh PM

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok