web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Teruskan Berdoa – Siti Nurhaliza Titip Salam Takziah Buat Mangsa Tanah Runtuh

Seramai hampir 100 orang dilaporkan berada di tapak perkhemahan itu menjadi mangsa kejadian tanah runtuh pagi tadi.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2022 4:02PM

Siti Nurhaliza turut mendoakan keselamatan kepada semua yang sedang bertugas dalam operasi ini - Gambar Fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Terkesan dengan khabar duka kejadian tanah runtuh berhampiran Father’s Organic Farm, penyanyi nombor satu negara  Datuk Seri Siti Nurhaliza sempat menitipkan salam takziah kepada keluarga mangsa.

Menerusi laman Instagram rasminya, Siti yang ketika ini sedang sibuk membuat persiapan konsert A Night to Remember di Johor berkongsi keratan akhbar mengenai kejadian yang mengorban 16 mangsa setakat artikel ini ditulis. 

“Semoga urusan menyelamat dipermudahkan. Salam tazkiah kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia dan kita terus mendoakan agar pasukan penyelamat akan menemui lebih ramai mangsa yang terselamat.

“Kita doakan juga keselamatan kepada semua yang sedang bertugas dalam operasi ini,” tulisnya.

Terdahulu, pagi tadi Malaysia dikejutkan kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Selangor. Seramai  hampir 100 orang  dilaporkan berada di tapak perkhemahan itu menjadi mangsa.

Setakat jam 1:37 petang tadi, 16 disahkan meninggal dunia, manakala 17 masih hilang dalam kejadian berkenaan.

Menteri Kemajuan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming juga memaklumkan tiga tapak perkhemahan yang terjejas akibat tanah runtuh di Batang Kali awal pagi tadi tidak memiliki lesen yang diperlukan. - Getaran, 16 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Paus Francis Bawa Suara Moral, Pendukung Tegar Keamanan’ - Anwar

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pak Lah Insan Berperibadi Mulia, Sentiasa Memilih Untuk Berdamai - PM

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

Sorotan

1

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

2

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

4

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

5

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

6

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

Disyorkan untuk anda

Selebriti 22 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN