Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘Ibu Bukan Bola’: Chef Wan Selar Sikap Beberapa Adik-Beradik

Sejak disahkan mengalami kanser payu dara, Chef Wan akan membawa Mak Ani menjalani fisioterapi dan mendapatkan rawatan kanser (yang dilakukan 4 kali setiap 2 minggu).

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2022 12:00PM

Mak Ani menghidap dementia dan disahkan menghidap kanser payu dara. - Gambar dari Instagram Chef Wan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menjaga seorang ibu yang mengalami dementia bukanlah satu perkara yang mudah. Apatah lagi, pada masa yang sama, si ibu itu pula disahkan mengalami kanser payu dara.

Namun, biar sesibuk mana pun Datuk Chef Wan menguruskan restorannya dan pelbagai urusan kerjanya yang lain, namun chef selebriti yang terkenal di dunia ini tidak pernah sekalipun gagal melunaskan tanggung jawabnya untuk menjaga ibunya yang tercinta, Mak Ani.

Terbaharu, Chef Wan berkongsi perkembangan terbaharu mengenai Mak Ani di Instagram miliknya.

Sejak disahkan mengalami kanser payu dara, Chef Wan akan membawa Mak Ani menjalani fisioterapi dan mendapatkan rawatan kanser (yang dilakukan 4 kali setiap 2 minggu).

Menurut Chef Wan, rawatan kanser itu dilakukan untuk memperlahankan sel kanser daripada merebak dengan begitu pantas.

“Jika ini berhasil, ia suatu rahmat. Jika tidak ia adalah penghujung jalan. Dalam seminggu lagi, saya akan bawa dia berjumpa doktor respiratori, Dr Aziz untuk melakukan ujian MRI pada bahagian paru-parunya untuk memeriksa sama ada sel kanser ini sudah merebak ke urat halusnya.

“Kami berdoa tidak. Sekiranya ia berlaku maka dia (Mak Ani) sudah berada di tahap empat, jika tidak, kita masih boleh cuba memanjangkan hayatnya dengan menangguhkan penyebaran.

“Semua rawatan ini menelan belanja yang banyak kerana kanser sememangnya merupakan rawatan yang mahal.

“Masa yang anda habiskan untuk naik dan turun pun hospital. Tetapi saya berasa diberkati diberikan cabaran ini,” katanya.

Disebabkan itu, kata Chef Wan, dia memang berasa marah apabila ada satu dua orang daripada tujuh adik-beradiknya yang cuba lari daripada tanggungjawab menjaga emak.

“Bukan kita minta satu sen dari mereka pun untuk bantu. Apabila saya bercakap secara terbuka tentang kal ini, pandai pula mahu meroyan balik.

“Konon ramai kawan-kawan mereka yang jadi batu api yg sampaikan kepada dia. Macamlah saya kisah.

“Jika mereka (kawan-kawan itu) tahu tentang kebenaran dan membaca semua whatsapp yang dihantar kepada saya, barulah mereka tahu lakonan-lakonan mereka itu.

“Tiba-tiba mereka pula yang jadi mangsa dan berasa malu. Siapa makan lada, biarlah mereka terasa pedasnya.

“Samalah dengan semua orang di luar sana yang suka lari dari tanggungjawab menjaga ibu bapa mereka yang tua dan sakit,” katanya.

Jelas Chef Wan lagi, dia tidak memberitahu apa-apa kecuali kebenaran!

“Orang boleh memilih untuk menghakimi saya tetapi seperti biasa saya katakan Allah SWT tahu kebenarannya.

“Emak kita bukan sebiji bola pun nak dihantar ke sana sini dalam situasi seperti ini. Dahlah saya dengan kerja, berniaga dan semua itu tidak mudah bagi saya.

“Sikap masing-masing itu, tolong berubah. Kita bukannya budak-budak kecil pun,” katanya lagi. - Getaran, 13 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

Chef Wan Kecewa, Mohon Jangan Fitnah

2

Selebriti 7 bulan yang lalu

 Cawangan Ke-10 Kafe Chef Wan Bakal Bertapak Di KLIA

3

Selebriti 8 bulan yang lalu

Cef Wan Mula Jalani Kimoterapi

4

Selebriti 8 bulan yang lalu

Chef Wan Didiagnos Mengidap Kanser Limfoma

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 1 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

Video kumpulan k-pop ini membuatkan peminat teruja dan ingin lihat mereka menari tarian yang sama ketika konsert nanti

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 18 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran