web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Saya Tak Sangka Saya Akan Lalui Fasa Ini’ - Bella Astillah Terkena Sihir Pemisah

Menerusi perkongsiannya bersama media di sidang media ‘Famili Duo’ musim kedua, anak jati kelahiran Sabah ini mengakui dia dan suami iaitu Aliff Aziz telah ‘diganggu’.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2022 8:03PM

Bella Astillah - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Satu demi satu ujian yang hadir dalam hidupnya. Satu ketika dahulu, seantero Malaysia kecoh dengan kisah rumahtangganya yang dilanda badai. Kemudian keadaan kembali reda dan bahagia mula mendakap hidupnya.

Terbaru, rumahtangga pelakon dan penyanyi Bella Astillah kembali diuji apabila dia telah terkena sihir pemisah.

Menerusi perkongsiannya bersama media di sidang media ‘Famili Duo’ musim kedua, anak jati kelahiran Sabah ini mengakui dia dan suami iaitu Aliff Aziz telah ‘diganggu’.

“Perkara ini terlalu berat untuk saya ceritakan. Tetapi apa yang saya kena ini adalah sihir pemisah rumah tangga. 

“Sudah sebulan lebih hubungan saya dengan Aliff tak okay. Orang pun dah mula bertanya apabila mereka lihat saya sudah tidak kongsi gambar bersama Aliff di media sosial. Disebabkan itu, mereka membuat kesimpulan bahawa Aliff buat hal lagi. 

“Agak menakutkan juga apa yang saya dan Aliff alami. Saya sering mimpi yang bukan-bukan seperti mimpi ular. Aliff  pula pernah mimpi saya bawa balik lelaki lain.

“Tetapi saya bersyukur kerana Aliff juga mahu turut sama pergi berubat. Kami sama-sama rasa ada perubahan pada diri masing-masing. 

“Kami masing-masing dah matang. Alhamdulillah, selepas berubat keadaan kami semakin baik. Apa yang berlaku ini kami anggap sebagai satu ujian. Mungkin perkara ini merupakan teguran untuk saya juga. 

“Saya rasa selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam berkongsi apa-apa di media sosial. Mungkin apa yang saya kongsi ada membuatkan sesiapa yang berasa tidak selesa. Jika ada, saya mohon maaf. 

Kata Bella lagi, sebelum ini dia sendiri tidak mempercayai perkara-perkara seperti ini, tetapi apabila sudah terkena pada diri sendiri, barulah dia mempercayainya.

Ditanya adakah dia mengetahui siapa yang cuba untuk menganiaya dirinya, kata Bella ramai yang menasihatinya supaya tidak mencari untuk tahu siapa gerangan individu berkenaan kerana takut akan membahayakan dirinya. 

“Saya pun tak tahu siapa dia, tetapi katanya dia adalah seorang perempuan. Tetapi yang penting, dia bukan dari kalangan keluarga saya,” kongsinya.

Biarpun dugaan berat melanda rumah tangga mereka, namun kedua-duanya enggan berputus asa dan akan mempertahankan mahligai yang dibina.

“Aliff banyak beri sokongan moral kepada saya untuk mempertahankan rumah tangga kami yang dah nak masuk tujuh tahun. 

“Tetapi saya tak pernah sangka yang saya akan melalui fasa ini dalam hidup saya. Sejujurnya saya rasa ujian ini berat untuk saya. Doakan saya. Saya juga manusia yang punya banyak kekhilafan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Bella bakal bergandingan bersama Wanie Kayrie dalam rancangan ‘Famili Duo’ yang bakal memulakan siarannya pada 18 Disember ini. - Getaran, 7 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Muatnaik Foto Raya Bersama, Netizen 'Approved' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Curang 11 Kali, Termasuk Dengan Adiknya

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN