web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'You Did Well Maya!' - Public Health Malaysia Puji Maya Karin Tangani Serangan Panik Di FFM32

Menurut Public Health Malaysia, apa yang dilakukan oleh Maya Karin ketika berada di pentas FFM32 iaitu dengan membuka kasutnya adalah cara yang berkesan untuk menenangkan kebimbangan semasa serangan panik.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2022 4:05PM

Faizal Hussein dan Maya Karin - Gambar FINAS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Public Health Malaysia menerusi hantaran di laman Facebook rasmi mereka telah memuji tindakan Maya Karin dalam menangani serangan panik yang berlaku ke atas dirinya ketika menyampaikan anugerah di Festival Filem Malaysia Ke-32 (FFM32) yang lalu.

“Tahniah diucapkan kepada Maya Karin yang telah berjaya menangani dengan baik serangan panik semasa berada di pentas kelmarin. Maya Karin yang menjadi penyampai Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dilihat mula alami serangan panik sebaik sahaja berada di pentas. 

“Mujur ada “Roy” yang menjadi penyelamat membantu Maya melakukan teknik grounding bagi meredakan situasi. 

Tangkapan layar Facebook Public Health Malaysia
Tangkapan layar Facebook Public Health Malaysia

“Kasut dilepaskan merupakan salah satu cara untuk ‘grounding’ selain mengambil nafas (deep breathing). 

“‘Grounding adalah cara yang berkesan untuk menenangkan kebimbangan semasa serangan panik.  

“Dalam proses ini, anda mengenal pasti objek di sekeliling anda untuk membantu otak anda mengenali di mana anda berada.  Ini mewujudkan rasa selesa kerana anda tahu di mana anda berada dan anda berasa lebih mengawal keadaan

“Hanya yang mengalami masalah ini benar benar faham situasi yang dialami kelmarin. Jika tidak ditangani dengan baik, serangan panik boleh menjadi lebih teruk dan pesakit boleh pitam. 

You did very well Maya! Dan telah melakukan tugasan di pentas besar dengan baik,” tulis mereka di hantaran berkenaan.

Dalam hantaran yang sama, Public Health Malaysia turut berkongsi gambar info tentang serangan panik dan cara-cara untuk mengawal situasi jika terkena serangan. 

Gambar Facebook Public Health Malaysia
Gambar Facebook Public Health Malaysia

Hantaran berkenaan telah dikongsi sebanyak lebih dari 5,800 kali dan mendapat lebih dari 800 komen dari netizen yang rata-ratanya dilihat berkongsi masalah yang sama.

Malah ada juga yang berterima kasih atas info yang diberikan kerana mereka baru tahu tentang serangan panik. – Getaran, 5 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Sahkan Bekas Pelumba Negara Maut Ditetak, 3 Lelaki Ditahan

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Faisal Halim: Polis Siasat Kaitan 3 Lagi Serangan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Selangor Jadi Sasaran Tangan Ghaib, Polis Digesa Segera Tangkap Pelaku

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN