web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Arjun Kapoor Berang Dengan Sebuah Media, Buat Laporan Palsu Dakwa Malaika Arora Sudah Hamil 

Tengahari semalam, peminat Bollywood telah dikejutkan dengan sebuah laporan yang mengatakan aktor Arjun Kapoor dengan Malaika Arora bakal menimang cahaya mata.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2022 7:00PM

Pasangan selebriti Arjun Kapoor dan Malaika Arora dikatakan sedang hangat bercinta. - Gambar Instagram Arjun Kapoor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tengahari semalam, peminat Bollywood telah dikejutkan dengan sebuah laporan yang mengatakan aktor Arjun Kapoor dengan Malaika Arora bakal menimang cahaya mata. Berita yang mengejutkan itu telah tersebar dengan begitu pantas di media. 

Laporan berita yang diterbitkan Pinkvilla itu mendakwa, pasangan selebriti kekasih yang sedang hangat bercinta itu sedang menanti kehadiran anak mereka dan mereka telah memaklumkannya kepada rakan-rakan terdekat sewaktu bercuti di London, Oktober lalu.

Bengang dengan berita palsu yang dilaporkan itu, Arjun Kapoor yang juga anak saudara kepada aktor Anil Kapoor telah ‘membantai’ portal berkenaan serta wartawan yang menulis berita tersebut menerusi Instastories miliknya. 

Kata Arjun, perkara itu tidak benar sama sekali dan tidak sepatutnya orang menulis benda yang merepek seperti itu tentang kehidupan seseorang. 

Perkara yang sama turut dilakukan oleh Malaika. Dia juga turut memuat naik perasaan marahnya itu di Instastories miliknya. 

Malaika memberitahu bahawa berita palsu yang dilaporkan itu sangat tidak beretika, tidak sensitif serta menjijikkan. 

Arjun dan Malaika yang juga bekas isteri kepada Arbaaz Khan telah menjalinkan hubungan cinta selama lima tahun.  

Biarpun jarak usia mereka agak jauh berbeza, namun mereka tidak pernah berselindung tentang percintaan mereka. Bahkan, mereka saling menunjukkan kemesraan mereka antara satu sama lain di hadapan umum. – Getaran, 1 Disember 2022 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Sekali Lagi Difitnah Ada Kaitan Dengan Raja Dadah India, Abdul Malik Buat Laporan Polis

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebar Fitnah Dalam Kuliah, Rosmin Adam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Fitnah Menteri Pendidikan

4

Politik 2 tahun yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN