web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ungku Ismail Dapat Persetujuan Wujudkan Tabung Kecemasan Nad Zainal Daripada Ibu Bapanya

Tabung Kecemasan Nad Zainal diwujudkan bagi menampung kos rawatan perubatan di hospital pakar serta membantu meringankan beban keluarganya.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2022 4:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tatkala ini, pelakon Nad Zainal masih lagi berada di ICU dan masih lagi ditidurkan serta mendapat bantuan oksigen untuk membantu memulihkan keadaan paru-parunya.

Beberapa rakan selebriti termasuk peminat telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan Tabung Kecemasan Nad Zainal ini bagi menampung kos rawatan perubatan di hospital pakar serta membantu meringankan beban keluarganya.

Inisiatif Tabung Kecemasan Nad Zainal telah disebarkan melalui media sosial sejak semalam dan yang menyebarkannya juga adalah dari kalangan rakan-rakan selebriti.

Antaranya adaag Ungku Ismail. Esma Daniel, Erma Fatima, Roy Azman, Linda Rafar, Fatin Afeefa, Datuk Fizz Fairuz, Datin Almy Nadia, Ogy Ahmad Daud, Ameng Spring, Faezah Elai, Siti Elizad, Shamsul Ghau Ghau, Arash Mohd, Azza Elite, Ainina Ahmad B, Anne Abdullah, Amylea, Aeril Zafril, bBella Astilah dan Zarina Zainoordin, Fasha Sandha, Ezlyn dan Along Eyzendy.

Bahkan, Datuk Aznil Haji Nawawi sendiri turut membantu untuk membuat kutipan derma buat Nad Zainal menerusi media sosialnya, seperti mana yang pernah dilakukannya terhadap Zamani Slam tidak lama dahulu.

Sementara itu, Ungku Ismail meminta supaya masyarakat tidak menghukum sumbangan derma yang diwujudkan buat Nad Zainal itu.

“Ini adalah inisiatif yang cuba saya lakukan bersama beberapa kawan-kawan dan peminat Nad sendiri. Malah, untuk memastikan ketelusan sumbangan yang diterima, kami turut bekerjasama dengan sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan iaitu As-Siddiq Aid.

“Sumbangan ini akan disalurkan kepada ibu bapanya. Tak kisahlah kalau ibu bapa dia kaya, atau Nad sendiri memang kaya atau pakai barangan berjenama, tak kisah apa jua keadaan diri mereka, yang penting kita tunjukkan rasa prihatin kita kepada mereka.

“Siapa yang nak sumbangkan, terpulanglah. Nak bagi RM1, RM2, terserahlah. Tapi, ini adalah salah satu usaha yang kami lakukan dan ibu bapa dia juga bersetuju,” katanya.

Ungku Ismail turut menyelar sikap segelintir netizen yang telah mempersoalkan dan mempertikaikan keputusan ibu bapa Nad Zainal.

“Jangan pertikaikan keputusan ibu bapa dia. Mereka dalam situasi yang perlukan pertolongan. Cubalah hormat, mereka ada anak tunggal yang terlantar di dalam wad ICU.

“Tolonglah hormat. Saya tau awak memang mulut lancang, saya tau awak memang tak sayang amalan awak dan awak memang dah buat amalan tapi campak kat orang lain. Memang, awak tak kisah pun akhirat awak. Ok saya faham perkara tuh.

“Tapi sekurang-kurangnya, relaklah sekejap. Bagilah ruang untuk ibu bapa Nad untuk cari  ketenangan serta memikirkan cara nak selesaikan masalah itu,” katanya.

Yang pastinya, jangan kita lupa titipkan doa untuk Nad Zainal agar kembali pulih sepenuhnya dan jangan lupa juga untuk kongsikan post ini agar lebih ramai dapat turut membantu. - Getaran, 30 November 2022

*Kepada sesiapa yang menggunakan Mesin Deposit Tunai, boleh emailkan resit kepada [email protected]. Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi Echa selaku PA Nad Zainal di 012-3458623.

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Nad Zainal Dan Ungku Ismail Dituduh Sombong Ketika Ditegur Peminat, Ini Respon Tuan Punya Badan

3

TARA 3 tahun yang lalu

Tamatkan Spekulasi Percintaan Mereka, Nad Zainal Dan Ungku Ismail Bernikah, Mas Kahwin RM1,000

4

TARA 3 tahun yang lalu

Terharu Ramai Menyayanginya, Nad Zainal Bakal Kongsi Kisah Sepanjang Tidak Sedarkan Diri 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 10 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN