web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ini Semua Dusta Belaka - Shuib Nafi Bakal Berkahwin Hujung Tahun Ini

Shuib mengakui terkejut apabila mendapat tahu ada pengusaha katering mendakwa dia telah menempah makanan untuk majlis perkahwinan yang dikatakan bakal berlangsung pada hujung tahun.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2022 2:00PM

Shuib belum lagi merancang untuk berkahwin dalam waktu terdekat. - Gambar oleh Helmi Anuar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelawak terkenal yang juga merupakan penyampai radio Suria FM iaitu Shuib menafikan bahawa dirinya bakal mengakhiri zaman duda pada hujung tahun ini.

Sebelum ini ada gosip mengatakan bahawa bapa kepada empat orang cahaya mata itu,  bakal berkahwin dalam masa terdekat.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 38, dia mengakui terkejut dengan berita itu apabila ditanya sendiri oleh rakan penyampai segmen ‘Morning Morning Suria’ iaitu Ajak.

“Baru-baru Ajak ada bertanya kepada saya di dalam kereta. Dia kata kau ni nak kahwin tak beritahu aku pun.  Kata Ajak, dia ada terjumpa dengan seorang pemilik katering yang memberitahunya bahawa saya telah menempah makanan untuk majlis kahwin.

“Kemudian saya beritahu dia, Ajak kalau aku nak kahwin mesti aku beritahu kau. Dan kau orang yang terawal akan tahu sebelum orang lain tahu.

“Saya tak pernah jumpa dengan mana-mana pengusaha katering atau tukang jahit baju pengantin. Semua itu dusta belaka. Sumpah!” katanya ketika ditemui di majlis Inilah Suria Bersama Penyampai Suria FM.

Kata Shuib lagi, dia belum lagi merancang untuk berkahwin dalam waktu terdekat kerana apa yang penting buatnya sekarang adalah anak-anaknya.

“Saya rasa perjalanan ke arah itu macam jauh lagi. Sebab saya perlu tengok anak-anak dulu. Dua tiga bulan belum cukup matang untuk saya menilai,” katanya.

Terdahulu nama Shuib menjadi bualan ramai selepas dia memuat naik satu foto di Instagram bersama anak-anaknya yang menampakkan refleksi seorang wanita di dinding yang dipercayai sebagai Watie Hanifiah.

Bercakap mengenai kerjayanya sebagai penyampai radio, kata Shuib dia kini semakin selesa dan sangat gembira dapat kembali bekerja.

“Sejujurnya saya rasa terubat luka dan kesepian di hati. Saya pernah beritahu kepada DJ Lin, jika saya terima tawaran untuk menjadi penyampai di Suria FM, ia bukan untuk Suria sahaja tetapi untuk diri saya juga.

“Tawaran ini ibarat satu ‘wake up call’, dan ‘turning point’ untuk saya kembali bangkit dan sibukkan diri serta bergaul semula dengan rakan-rakan.

“Alhamdulillah apa yang saya jangkakan itu terjadi. Jadual saya kini sibuk dengan kerja. Tetapi saya seronok. Saya rasa hidup saya kini ‘back on track’ dan saya harap perkara ini berterusan,” kongsinya.

Sejak kehadiran Shuib dalam keluarga Suria FM, kedudukan stesen radio ini terus melonjak ke tangga ketiga sebagai stesen radio yang paling tinggi jumlah pendengar untuk pertama kalinya dalam tempoh 15 tahun penubuhan.

Kata Shuib, bukan dirinya seorang sahaja yang menjadi faktor kepada kejayaan luar biasa ini, tetapi seluruh tenaga kerja di Suria FM yang bertungkus lumus untuk memastikan Suria terus maju ke hadapan. - Getaran, 30 November 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Gemar Minum Kopi Bawa Tuah, Shuib Kini Bergelar Duta Jenama Kopi SUPER

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

‘Cerita Ini Terlalu Bodoh, Nampak Macam Saya Membunuh Isteri Saya’ – Shuib Bersemuka Dan Maafkan Pemfitnah, Namun Masih Cari Lagi Seorang

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shuib Kini Milik Watie, Selamat Diijabkabulkan Dengan Hanya Sekali Lafaz

4

TARA 2 tahun yang lalu

Jadi Duta Barang Kemas - Netizen Kurang Senang Bila Bakal Isteri Shuib, Watie Tunjuk Jari Maris Ala Mencarut Pamerkan Cincin

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 54 minit yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN