web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Altimet Dan Pengurus Tubuhkan ‘SVL TAN Managament’

Pejuang hip hop tersohor Malaysia, Altimet menubuhkan syarikat pengurusan artis bersama pengurusnya.

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2021 2:01PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mula mengorak langkah ke dalam industri hiburan seawal tahun 90-an sehingga kariernya berkembang sebagai Pengurus Artis di Kartel Records, Yasmeen Zainal telah bekerjasama dengan ramai bakat-bakat hiburan termasuk rapper yang telah dinobatkan dengan pelbagai anugerah, penulis lagu dan produser, Altimet.

Setelah bekerjasama selama 7 tahun, Altimet dengan tanpa sebarang keraguan amat pasti bahawa bakat Yasmeen mampu untuk terus berkembang daripada peranan semasanya. Graduan Multimedia Kreatif tersebut telah berkali-kali menunjukkan kebolehannya – sebagai Produser Eksekutif untuk tiga albumnya, dua kali sebagai Pengurus Pentas untuk persembahannya di Anugerah Juara Lagu, sebagai Pengurus Jelajah untuk persembahannya di London dan di AS – kesemua ini dan pada waktu yang sama mendapatkan tawaran pengendorsan, mengendalikan penjenamaan dan pemasaran, dan juga bekerjasama dengan pihak media serta pelbagai syarikat global. 

Ia merupakan keputusan yang sangat mudah bagi gabungan kuasa di belakang kejayaan karier Altimet dan ‘The Last Altimet Show’ (yang merupakan konsert terakhir Altimet, dan konsert penuh hip-hop pertama di Malaysia yang menampilkan live band serta 20 artis lain) untuk terus berganding bahu dan memulakan syarikat mereka sendiri, SVL TAN Management.

“Apa yang membezakan SVL TAN Management dengan yang lain? Sudah tentu pengalaman 35 tahun kami di dalam industri hiburan. Kami mempunyai pengetahuan yang mendalam, dan kini sedia untuk menjangkau melebihi batasan tersebut,” jelas Altimet yang merupakan Pengarah Kreatif syarikat tersebut. “Kami sedia untuk menggegarkan dan menetapkan tanda aras baharu industri bagi rakan-rakan kami di dalam industri hiburan tanah air.”

CEO SVL TAN Management, Yasmeen Zainal menyatakan bahawa peranannya sebagai pengurus Altimet adalah penyebab utama dia ingin memulakan syarikat pengurusannya sendiri. “Saya amat bersemangat tentang industri hiburan, dan sebagai pengurusnya, ia telah memberikan saya peluang untuk melihat bagaimana kesemua di dalam industri ini bergerak. Ia merupakan peranan 360 darjah yang menyeluruh, meliputi kesemua aspek kariernya, dan amatlah menakjubkan untuk melihat bagaimana ianya berkembang.”

“Pengalaman yang ditimba selama ini, bersama dengan pengetahuannya, adalah apa yang saya harapkan boleh melonjakkan industri ini kepada tahap yang lebih tinggi,” tambahnya.

Asas teras SVL TAN Management termasuk Pengurusan dan Tempahan Artis, serta Penjenamaan dan Perkhidmatan Konsultan Industri Kreatif dan Pemasaran Hiburan. 

"Kami memulakan SVL TAN ketika COVID-19 melanda awal tahun lalu, dan kami sangat bersyukur kerana kami masih berjaya menjalankan operasi seperti biasa, walaupun terdapat banyak cabaran yang ditimbulkan oleh wabak ini. Kami sebenarnya ingin melancarkan SVL TAN secara rasmi dari awal tahun lepas lagi, tetapi kami ingin mengutamakan bakat kami dan fokus pada perniagaan kami terlebih dahulu."

Buat masa ini, SVL TAN Management mempunyai barisan lima bakat tempatan di bawah pengurusan mereka- Cef Selebriti Sherson Lian, Juruhebah Radio ERA Haniff Hamzah, Penyanyi, Hazama dan Saint Kylo dan sudah tentu, Altimet sendiri. Anda pasti akan melihat penampilan mereka dengan lebih banyak pada 2021 kerana mereka mempunyai beberapa projek menarik yang telah dirancangkan untuk tahun ini.

Untuk maklumat lanjut tentang Altimet, Sherson, Haniff, Hazama dan Saint Kylo, layari www.SVLTAN.com atau ikuti mereka di akaun media sosial @SVLTANmgmt. #SVLTAN - Getaran, 21 April 2021  

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

Mengapa Pendidikan Pengurusan Di Malaysia Ketinggalan

2

Pendidikan 6 bulan yang lalu

SPM Tidak Dimansuh, Kekal Kelayakan Tamat Sekolah Terpenting - Fadhlina

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Blockout 2024: Tak Perlu Sokong Artis, Tapi Jangan Pengaruhi Orang Ramai - Simmons

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN