web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kecewa! Bila Ada Cakap Saya Ni ‘Batak’, Gelojoh Tentang Perhubungan Dan Kerja – Ungku Ismail 

Dia meluahkan kekecewannya itu menerusi InstaStory dan kemudian memberitahu bahawa dia tidak akan lagi memberikan apa-apa kenyataan berhubung keadaan Nad Zainal.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2022 12:23PM

Ungku Ismail dan Nad Zainal - Gambar Instagram Radius One

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Ungku Ismail Aziz telah meluahkan kekecewaannya apabila usahanya untuk berkongsi perkembangan terkini  rakan karibnya, Nad Zainal telah disalahertikan. 

Dia meluahkan kekecewannya itu menerusi InstaStory dan kemudian memberitahu bahawa dia tidak akan lagi memberikan apa-apa kenyataan berhubung keadaan Nad Zainal. 

Menerusi hantaran itu, luahan kekecewaa Ungku Ismail itu nampaknya ditujukan buat netizen dan pihak media. Tetapi, boleh jadi juga kepada blogger-blogger yang memutar-belit fakta daripada pihak media yang diiktiraf. 

“Kecewa. Bila saya sentiasa ikhlas menyampaikan update tentang keadaan Nad Zainal, ada pihak yang cuba rephrase cakap saya seolah-olah saya nih batak dan gelojoh dalam perhubungan dan kerja. 

“Seolahnya, saya ini mengambil kesempatan dari keadaan ini untuk promosi diri dan kerja saya sehingga ada kenyataan menyentak perasaan, menukil persoalan akal dan kematangan saya. 

“Ada perkataan-perkataan yang saya tak ada sebut pun. Yang saya minta push dengan heading provoke semua untuk berdoa untuk Nad, hanya awalan sahaja. 

“Pudar sudah dijoloknya dengan hal peribadi yang tidak tepat dan ajakan dia menjadi minor dan tidak lagi relevan. 

“Ini sudah bukan apa yang saya mahu dari media untuk sebarkan berita tentang keadaan Nad. Nyawa dan kesihatan dia yang utama, keduanya emosi dan perasaan ahli keluarganya, kawan-kawan serta beberapa pihak lain,” katanya. 

Tangkapan layar Instagram Ungku Ismail
Tangkapan layar Instagram Ungku Ismail

Jelas Ungku Ismail lagi, ini pasti bukan masanya untuk menjaja apa-apa cerita tentang hubungan dan kerjaya. 

“Ini waktu untuk update tentang kesihatan Nad. Dan, saya yakin, ini yang orang nak tahu, bukannya benda merepek dan sensitif tanpa menghormati keperibadian masing-masing. 

“Saya hargai kedatangan media untuk menemuramah, yang prihatin dengan keadaan Nad, ada gurau senda saya boleh terima dan bergurau sekali, tapi pasti ada hadnya. 

“Saya mulai hari ini tidak akan memberi apa-apa kenyataan mengenai perkembangan terkini keadaan Nad Zainal dan apa sahaja. Sila rujuk sumber yang lain,“ katanya yang yang menjadi teraju utama drama bersiri, 'Cina Buta' bersama Nad Zainal. 

Wah! Nampaknya, Ungku Ismail marah sungguh. Tapi, daripada laporan media-media rasmi sebelum ini, ia nampak biasa sahaja. Tapi mungkin komen-komen negatif netizen sedikit-sebanyak telah mencetuskan provokasi di antara Ungku Ismail dan media. Begitu juga dengan blogger-blogger yang sesuka hati memutar kenyataan daripada laporan pihak media rasmi. 

Ungku Ismail turut menutup kata dengan meminta agar semua mendoakan kesihatan dan kesejahteraan, Nad Zainal agar kembali pulih seperti biasa. 

Getaran berharap isu ini dapat diselesaikan secara baik kerana hubungan media dan selebriti harus berada dalam keadaan aman dan positif. – Getaran, 28 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Memang Boleh Buat P-Hailing, Tapi Sampai Bila?

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

3

2 tahun yang lalu

(LANGSUNG) 6 PRN, 1 PRK Bermula, Hari Penamaan Meriah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Komitmen Kewangan Punca Warga Emas Masih Bekerja Selepas Usia Persaraan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 6 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...