web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sakit Kulit Hingga Rambut Gugur, Elizabeth Tan Terpaksa Tolak Tawaran Berlakon 

Menurut selebriti yang mesra disapa sebagai Lizzy itu, penyakit alopesia menyebabkannya mengalami masalah keguguran rambut yang kritikal. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2022 4:08PM

Lizzy mendedahkan dia menghidap alopesia sejak 2018, mengakibatkan rambutnya mengalami keguguran yang teruk. - Gambar ihsan Elizabeth Tan

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lama menyimpan rahsia, akhirnya pelakon Elizabeth Tan terbuka hati untuk berkongsi mengenai penyakit alopesia yang dihidapinya sejak 2018. 

Menurut pelakon yang mesra dipanggil Lizzy itu, penyakit alopesia menyebabkan dia mengalami masalah keguguran rambut yang kritikal apatah dia memang mempunyai masalah autoimun sejak kecil. 

Autoimun adalah penyakit di mana sistem imun tubuh seseorang menyerang sel atau tisunya sendiri manakala alopesia adalah istilah perubatan untuk botak.

"Saya alami autoimun sejak berusia setahun, yang menyebabkan saya menghadapi masalah kulit. Pada 2018, autoimun menjadi penyebab saya mengalami alopesia. 

“Akibatnya saya mengalami tompokan botak di rambut dan kadang-kadang ia merebak menjadi lebih besar. 

"Masalah ini tiada penyembuh, jadi saya hanya bergantung kepada krim steroid untuk menghentikan tompokan botak itu merebak. Sehingga kini, sudah 12 kali alopesia terjadi," katanya ketika Getaran pada sidang media Festival Filem Malaysia ke-32 di sini, hari ini. 

Penyakit yang dihidapinya itu menyebabkan pelantun lagu 'Knock Knock' itu terpaksa menolak tawaran berlakon yang memintanya memotong rambut seperti lelaki. 

“Saya pun baru sahaja menolak tawaran untuk membintangi sebuah filem yang memerlukan saya memotong rambut seperti lelaki.

"Saya takut rambut lambat tumbuh dan alopesia kembali menyerang selepas saya memotong rambut," katanya.

Namun, Lizzy tidak mahu perkongsian mengenai penyakitnya ini disalahertikan serta dianggap sekadar meraih simpati. 

“Sebelum ini, saya tidak pernah mendedahkan perkara itu kepada orang ramai, terutamanya peminat.

"Setiap kali tompokan botak baru timbul, saya rasa sedih dan tertekan,” tambahnya. – Getaran, 25 November 2022 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 10 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN