web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Dah Hantar Mesej, Tapi Dia Tak Mahu Bekerja Dengan Saya – Reen Jawab Isu Cekik

Mesej yang dihantar pelakon yang mesra disapa sebagai Reen itu dibalas dengan nada dingin oleh Fezrul.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2022 12:04PM

Reen Rahim - Gambar Instagram Reen Rahim

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berhasrat mahu menjernihkan ketegangan yang berlaku selepas insiden cekik di set penggambaran, pelakon Reen Rahim mendedahkan, dia pernah menghantar pesanan kepada Fezrul Khan untuk menjelaskan salah faham tersebut dan mahu meminta maaf terhadap yang berlaku. 

Namun begitu, mesej yang dihantar pelakon yang mesra disapa sebagai Reen itu dibalas dengan nada dingin oleh Fezrul. 

Bahkan, Fezrul turut menjelaskan tidak mahu lagi terlibat dengan apa-apa projek bersama-sama Reen selepas ini.

“Waktu kejadian itu, saya memang dah gelap mata dan lutut saya dah lemah. Bila habis sahaja penggambaran babak itu, memang saya ada tengking dia. 

“Tapi beberapa minit selepas itu saya sudah tenang. Saya masuk semula ke set untuk minta maaf. Tapi saya dah dengar dia marah-marah. 

“Saya ada mesej dia secara peribadi, beri dia video itu dan katakan saya memang sakit. Tapi dia tak mengaku, dia rasa itu tak sakit. Dia pun balas dengan mengatakan tak nak berlakon dengan saya lagi, jadi apa yang saya boleh lakukan?” katanya ketika ditemui Getaran di majlis tayangan perdana filem Daddyku Gengster pada Rabu. 

Fezrul Khan - Gambar Fail
Fezrul Khan - Gambar Fail

Buka itu sahaja, Reen turut menegaskan tidak pernah meninggikan suara a sakit dicekik pada palagi mengamuk di set penggambaran. Berada dalam situasi lapar danasa itu juga membuatkan Reen tersalah tingkah.

“Saya tak pernah mengamuk di set. Saya dah pernah kerja dengan ramai senior, otai dan mereka tahu bagaimana saya bekerja. Saya sangat profesional, saya boleh lupakan apa yang terjadi. Tapi kalau dia yang tidak mahu berlakon dengan saya, kesianlah dia,” tambahnya. 

Namun begitu, Reen tidak menolak bahawa dia juga tidak sepenuhnya benar dalam perkara ini dan mengakui bahawa dia tidak sepatutnya menengking rakan sekerja.

“Sebenarnya saya percaya setiap perkara yang berlaku sudah tertulis. Saya ambil sebagai pengajaran dan pembelajaran. Saya belajar untuk lebih berhati-hati. Salah saya juga, sepatutnya saya hanya perlu tolak tangannya. Tak perlu jerit,” katanya lagi. 

Terdahulu, tular di media sosial sebuah video memaparkan adegan cekik membabitkan Reen dan Fezrul semasa penggambaran filem bertajuk Batu Syaitan. Selepas penggambaran babak itu selesai, Reen dikatakan meninggikan suara membuatkan Fezrul berkecil hati dan menganggap pelakon itu tidak profesional. - Getaran, 25 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Remaja Cekik Hingga Mati Adik Kandung Direman 7 Hari

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Reen Rahim Tangguh Untuk Hamil Kerana Terikat Dengan Kontrak

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Reen Rahim Kesal Akaun TikTok Disekat Gara-Gara Video Lagu Spontan Tak Pernah Bangun Sahur

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

'Saya Bersedia Terima Kecaman Dan Teguran Netizen' – Aidit Noh Elak ‘Rapat’ Dengan Uqasha Senrose

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 17 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...