web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Reen Rahim Tangguh Untuk Hamil Kerana Terikat Dengan Kontrak

Pelakon jelita ini terikat dengan kontrak lumba kereta bersama Toyota selama setahun.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2023 1:00PM

Reen Rahim - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon popular, Reen Rahim mengakui dia terpaksa menangguhkan perancangan untuk hamil tahun ini kerana masih terikat dengan kontrak lumba kereta bersama Toyota.

“Dalam masa setahun ini memang saya tak boleh mengandung sehinggalah tamat kontrak saya bersama Toyota. 

“Selepas habis perlumbaan ini saya berserah kepada tuhan tentang rezeki anak. Apa yang Allah nak bagi, saya terima sahaja,” katanya.

Kata Reen lagi, dia bersyukur kerana suami dan keluarga memahami tentang kerjayanya sebagai selebriti yang terikat dengan kontrak. 

“Sebenarnya apa yang kita lalui tiada yang kebetulan. Semuanya sudah tertulis. Mungkin kelihatan terikat dengan kontrak selama setahun tak boleh mengandung itu sebagai satu halangan besar. 

“Tetapi saya percaya, Allah akan bagi kita yang terbaik pada waktu yang tepat. In Sya Allah setiap pengorbanan, ada kebahagiaan yang menanti,” ujarnya.

Kongsinya lagi, fasa tahun pertama dalam perkahwinannya ini akan digunakan sebaiknya sebagai fasa ‘honeymoon’ buatnya dan suami. 

Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, telah mendirikan rumahtangga bersama suaminya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, 29, pada Disember tahun lalu. 

Beralih ke soal kerjaya lakonan, Reen bakal muncul dengan filem terbaru berjudul Sue-On yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 6 Julai ini.

Dalam filem yang diarahkan oleh Ajiboy dan diterbitkan Datuk Awie ini, Reen memegang watak utama sebagai hantu dari Korea bernama Sue-On yang tersesat di sebuah kampung di Perak. – Getaran, 4 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Reen Rahim Kesal Akaun TikTok Disekat Gara-Gara Video Lagu Spontan Tak Pernah Bangun Sahur

2

TARA 3 tahun yang lalu

Selamat Jadi Isteri Orang, Reen Rahim Kini Milik Ahmad Nur Hazim 

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Reen Rahim Bakal Tamat Zaman Bujang Hujung Tahun

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Saya Dah Hantar Mesej, Tapi Dia Tak Mahu Bekerja Dengan Saya – Reen Jawab Isu Cekik

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara