web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Emak Sakit, Neizam Zaidi Dekati Agama Tanpa Korbankan Kerjaya

Mengakui sedang berjinak-jinak ke masjid, Niezam bagaimanapun tidak mahu hijrahnya dianggap ekstrem.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2022 8:00PM

Gambar ihsan FKX Film

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Enggan terus terbelenggu dengan masa lalunya yang gelap, pelakon Niezam Zaidi mengakui lebih tenang selepas perlahan-lahan mendekati agama.

Menurut Niezam, pelbagai khabar buruk yang melanda dunia pada hari ini juga membuatkan pelakon itu terfikir bahawa hidup ini singkat dan mahu memberikan fokus berjasa kepada orang di sekelilingnya.

“Saya tak baik, jadi saya buat perkara baik. Mungkin situasi yang berlaku dekat dunia sekarang ini membuatkan saya terfikir bahawa kita tidak lama di sini.

“Emak saya pula sedang sakit, kadang saya ini terlalu fikir sampai bila emak akan hidup, tapi sebenarnya saya patut fikir sampai bila pula saya akan hidup. Jadi saya mahu hidup untuk berjasa dan berkhidmat.

“Bila ada satu turning point berlaku dalam hidup, saya tak boleh ikut kehendak diri sendiri sebaliknya saya lakukan apa-apa kerana Allah. Setakat ini semuanya berjalan lancar,” katanya ketika ditemui Getaran di filem Remp-It 2 baru-baru ini.

Mengakui sedang berjinak-jinak ke masjid, Niezam bagaimanapun tidak mahu hijrahnya dianggap ekstrem apalagi dia merupakan seorang pelakon yang sering membawakan watak antagonis.

“Hari tu ada mereka (golongan tabligh) ajak keluar. Tapi saya sertai tabligh daripada Bangladesh yang turun ke kampung saya.

“Mereka cakap siapa yang turun masjid ini sudah terpilih. Ayat itu mengesankan dan saya cuba berdakwah dengan cara yang saya boleh buat.

“Saya pun tidak mahu terlalu ekstrim sehingga membuatkan orang salah faham. Maklumlah, saya berada dalam industri hiburan dan saya bergelar pelakon. Takut timbul persepsi sehingga boleh menimbulkan fitnah,” tambahnya.

Ditanya adakah Niezam akan lebih memilih naskah atau mengenakan syarat berbeza sebelum bersetuju untuk membintangi apa-apa drama atau filem selepas ini, pelakon itu menggeleng.

“Saya bergantung kepada skrip, jika adegan pegang  diperlukan dan akan mencacatkan kerja jika tidak dilakukan, maka saya akan buat. Tapi sekarang ada adegan yang  boleh dilakukan dengan menggunakan teknik tertentu. Pendek kata, saya kena faham situasi bekerja,” tambahnya.

Terkini, Niezam membawakan watak Spark dalam filem Remp-it 2 yang merupakan kisah kesinambungan kehidupan Madi lakonan Farid Kamil dalam filem Remp-It pada tahun 2006.

Spark ingin melunaskan dendamnya kepada Madi. Anda boleh menyaksikan bagaimana sengketa mereka berlangsung dalam filem yang bakal ditayangkan di pawagam pada 24 November ini. - Getaran, 23 November 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Reputasi Tercalar, Niezam Zaidi Pernah Terfikir Mahu Bunuh Diri

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Guna Gambar Artis Berseragam Juruterbang, TUDM Kesal Imej Tercalar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 5 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...