web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Reputasi Tercalar, Niezam Zaidi Pernah Terfikir Mahu Bunuh Diri

Terpalit isu dadah, Niezam menganggap apa yang terjadi dalam hidupnya adalah hadiah yang diberikan Allah dan pengajaran untuk pelakon itu lebih berhati-hati.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2022 8:33PM

Niezam Zaidi terharu apabila namanya masih disebut dan tidak digam mana-mana stesen televisyen - Gambar oleh Wafa Aula

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Air mata pelakon Niezam Zaidi tumpah bercerita kecaman warganet yang diterimanya selepas insiden hitam penyalahgunaan dadah mencalarkan reputasi dan nama baiknya. 

Jejaka 30 tahun itu mengakui pernah terfikir untuk bunuh diri dan tertekan membaca komen dan kecaman yang ditinggalkan pengguna di platform media sosialnya. 

Gusar keadaan menjadi semakin buruk, Niezam pulang ke kampung untuk mencari kekuatan diri daripada keluarga terdekatnya.

“Minta maaf cakap, tapi kalau saya bukan Islam, saya dah jadi gila atau bunuh diri. Kesihatan mental ini benda yang nyata. 

“Bila kita tengok orang banyak kecam, ia mengganggu mental saya. Ia tak menyerang saya secara fizikal, tapi perbuatan itu boleh menyebabkan saya mencederakan fizikal diri saya sendiri. 

“Sejak perkara itu terjadi, saya kerap pulang ke kampung dan dahulukan keluarga. Saya cari semula agama dan keluarga. Emak saya pun sudah tua dan ada penyakit tiga serangkai. Papa pun sudah tua. 

“Kita hidup ‘havoc’ sangat dekat Kuala Lumpur, keluarga kita hidup lamakah? Kita ni hidup lamakah? Selagi mana boleh berjasa, saya berjasalah,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis tayangan filem Kan Cheong baru-baru ini.

Niezam Zaidi semasa majlis tayangan filem 'Kan Cheong' baru-baru ini - Gambar Fail
Niezam Zaidi semasa majlis tayangan filem 'Kan Cheong' baru-baru ini - Gambar Fail

Namun begitu, Niezam menganggap apa yang terjadi dalam hidupnya adalah hadiah yang diberikan Allah dan pengajaran untuk pelakon itu lebih berhati-hati.

“Saya mula berlakon pada usia yang agak muda. Mula pegang duit pada umur 18 tahun. Saya bersyukur setiap benda yang terjadi kerana saya tak boleh nak bayar pengalaman ini. 

“Saya tak pernah rasa dekat dengan Allah sampailah saya masuk lokap. Saya rasa pengalaman seronok nak beribadah di dalam lokap memang nyata sebab tak ada orang yang boleh tolong saya waktu itu,” dedahnya.

Bukan senang untuk bangkit daripada cerita lalu. Niezam terharu apabila namanya masih disebut dan tidak digam mana-mana stesen televisyen. 

“Saya ingatkan saya sudah kena ‘blacklist’. Tapi bila stesen televisyen kata mereka tak gam saya, saya bergenang depan mereka. Sejak kejadian itu saya terima dua tawaran. Saya perlahan-lahan dapat balik semangat dan kembali rasa seronok.

“Saya sebenarnya tak nak orang kenal saya dengan kontroversi. Saya nak orang kenal dengan prestasi dan kerjaya. Lepas semua yang terjadi memang mencabar untuk bangun balik. Saya memang tak tengok telefon untuk kesejahteraan mental.

“Sekarang, bila baca komen yang beri kata semangat untuk saya terus berada dalam bidang ini, saya kembali rasa kuat. Semuanya memang kerja Allah. Segala yang terjadi saya anggap sebagai pengajaran. Saya tak salahkan sesiapa,” katanya.

Terkini, pelakon itu bakal tampil dalam sebuah filem yang mengangkat isu kesihatan mental terbitan Thinkerball Studious bertajuk Kan Cheong.

Turut sama-sama menjayakan filem itu ialah Jay Iswazir dan Nora Danish. Filem ini bakal ditayangkan menerusi saluran 480 bermula 11 Ogos. - Getaran, 12 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

2

Refleksi 2 bulan yang lalu

Kesihatan Mental Malaysia Dijangka Jejas Produktiviti Negara Hingga RM34 Bilion Menjelang 2030

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Jangan Biarkan Buli Siber Terus Berlaku, Cegah Sebelum Parah!’ - Saraswati

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN