web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 23 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hanya Ada Masa 2 Bulan Lagi - Anak Saudara Fattah Amin, Hidap Sakit Genetik, Kos Rawatan Cecah RM9 Juta 

Pelakon Fattah Amin sekeluarga berdepan dugaan berat apabila anak saudaranya, Wan Muhammad Naail disahkan menghidap penyakit genetik, Spinal Muscular Atrophy Type 1.  

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2022 12:21PM

Gambar Instagram Fattah Amin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Fattah Amin sekeluarga telah berdepan dengan dugaan yang cukup berat apabila anak saudaranya, Wan Muhammad Naail disahkan menghidap penyakit genetik, Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1.  Ia sejenis penyakit yang jarang ditemui. 

Fattah telah memuat naik hantaran tentang kondisi anak saudaranya, Nail itu yang merupakan cahaya mata ketiga kepada adik perempuannya, Siti Norraihan Mohd Amin atau Raihan itu menerusi Instagramnya semalam. 

“Moga Allah bantu permudahkan urusan adikku dan kesihatan baby Naail. Pelan rawatan Naail perlu dibuat sebelum Naik memasuki usia 6 bulan. Ada masa dua bulan sahaja lagi. 

“Ubat paling efektif adalah Gene Theraphy, iaitu Ubat Zolgensma yang harganya mencecah AS$1.9 juta atau lebih kurang RM9 juta,” katanya. 
Fattah turut memohon bantuan daripada masyarakat supaya dapat membantu meringankan kos rawatan anak saudaranya itu, 

“Dengan itu, kami, ibu dan ayah adik Naail ingin memohon sedikit bantuan untuk rawatan penyakit Nail. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun ibu Naail: Siti Norraihan Mohd Amin (Maybank- 51233455235) atau hubungi ayah Naai, Wan Aslam Zakaria, jika ada apa-apa persoalan atau ingin memberi bantuan lebih lanjut di: +601119961551

“Doakan juga kesejahteraan buat adik Naail supaya dapat membuat rawatan  secepat mungkin. Kami akan update perkembangan terkini Naail di IG ibu Naail @raihanaminz dan FB ayah Naail, Wan Aszlam Zakaria,” katanya.

Sementara itu Raihan pula menerusi instagramnya memberitahu, genap usia empat bulan, keputusan genetik keluar dan anak kami Wan Muhammad Naail disahkan mempunyai sakit genetik, Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1. 

“Kami sudah bersiap sedia dan positif sebelum doktor bagitahu kami, namun air mata tetap mengalir apabila doktor mengatakan, tanpa penjagaan yang Rapi, hampir 95 peratus pengidap SMA type 1 tidak akan dapat survive sehingga umur 2 tahun.

“SMA adalah sejenis penyakit berkaitan saraf yang pergi ke seluruh otot badan. Kerana tiadanya DNA SMN1 yang berupaya memanjangkan hayat saraf cabang ini, menyebabkan saraf-saraf ini boleh mati.

“Dan kesannya, pergerakan baby semakin lemah termasuk otot-otot organ seperti paru-paru. Penyakit ini dikategorikan sebagai Rare Disease, penyakit jarang jumpa.

“Dari segi ubat, ia mempunyai  tiga  jenis ubat. Dan ubatnya sangat mahal. Ubat paling efektif adalah Gene Theraphy, iaitu Ubat Zolgensma yang harganya mencecah AS$1.9 juta lebih kurang RM9 juta. Ianya diketegorikan Ubat paling mahal di Amerika Syarikat. #pray4adikNaail #smatype1

Semoga Fattah Amin sekeluarga akan tabah menghadapi ujian ini. Bagi yang ingin membantu meringankan beban keluarga Fattah, semua maklumat tentang penghantaran sumbangan boleh dilakukan sekarang. – Getaran, 23 November 2022 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Fazura Fail Permohonan Cerai, Sahkan Desas-Desus Rumah Tangga Bergolak

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas: Kedah Catat Jumlah Tertinggi Penyakit Berkaitan Strok Haba

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pak Cik Liwat Anak Saudara Dipenjara 10 Tahun, 3 Sebatan

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Terpaksa Rahsiakan Penyakit Kerana Takut Hilang Job – Fazley Yaakob Anggap Ayat Ini Terlalu Pedih Untuk Ditelan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 17 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN