web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


7 Artis Ini Tidak Berselindung Menunjukkan Sokongan Kepada Parti Politik Pilihan Mereka 

Suasana ini berbeza sekali dengan era 80-an dan 90-an yang mana artis dan selebriti terpaksa mengikut sahaja telunjuk pemerintah pada zaman itu.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2022 5:13PM

Dari kiri Azhar Sulaiman, Aeril Zafrel dan Emma Maembong - Gambar Instagram setiap selebriti

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selebriti pada zaman ini nampaknya sudah tidak gentar lagi untuk menyuarakan pandangan mereka tentang hal-hal yang bersangkut-paut dengan politik negara. 

Bahkan, mereka juga sudah tidak berselindung lagi untuk menunjukkan sokongan terhadap part-parti politik yang tertentu. 

Suasana ini berbeza dengan era 80-an dan 90-an yang mana artis dan selebriti terpaksa mengikut sahaja telunjuk pemerintah pada zaman itu. 

Menerusi artikel ini, Getaran menyenaraikan tujuh artis yang tidak berselindung menyokong parti pilihan mereka. 

 

Diva AA Azwan Ali 

Walaupun sudah menarik diri daripada bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Gombak menentang abangnya, Datuk Seri Azmin Ali kerana bermimpikan arwah ibunya, Mak Tom, namun Azwan Ali secara terang-terangan telah menyatakan sokongannya kepada Pakatan Harapan (PH).

Buktinya, Azwan telah memuat naik gambar bersama penyokong PH di media sosialnya selain gambar bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang turut bertanding di Gombak.

Azwan turut mengakui kepada bahawa dia memberikan sokongan penuh kepada parti tersebut. 

Azwan Ali dan Amirudin Shari - Gambar Fail
Azwan Ali dan Amirudin Shari - Gambar Fail

 

Datuk Adi Putra 

Teraju utama filem Mat Kilau ini, nampaknya seorang penyokong tegar Barisan Nasional (BN) malah dia dilihat banyak membantu jentera parti itu berkempen di Kelantan. 

Bahkan, Adi Putra turut memuat naik beberapa hantaran ketika mengikut kempen BN di negeri Cik Siti Wan Kembang itu, sambil memakai baju kemeja-T parti tersebut. 

 

Fizo Omar 

Usahawan dan aktor, Fizo Omar nampaknya cuba berteka-teki tentang parti yang disokongnya apabila memuat naik bunting di sebuah kedai sate. 

Di dalam banner itu, pemilik kedai sate itu telah menyediakan barisan sate ayam, daging tenderloin dan kambing perapan dengan menggunakan nama-nama parti politik. 

Namun, ada yang seolah-olah dapat mengagak bahawa Fizo adalah penyokong BN. 

Gambar media sosial
Gambar media sosial

 

Datuk Fizz Fairuz 

Usahawan dan aktor ini juga seorang penyokong BN yang tegar. Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya, Fizz Fairuz memberitahu dia turut membantu kempen BN di Bera, Pahang. 

Fizz turut memuat naik sebuah video tentang pandangannya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Fizz, Ismail Sabri adalah contoh pemimpin yang boleh bekerja dalam kerajaan campuran, tenang tetapi kerja jalan serta sering memikirkan kebajikan rakyat .

 

Emma Maembong 

Pelakon jelita ini tidak berselindung memberitahu bahawa dia adalah penyokong Parti Perikatan Nasional (PN). Menerusi sebuah hantaran video di Instagramnya, Emma bangga mengenakan kemeja-T parti tersebut. 

 

Aeril Zafrel 

Seperti Emma Maembong, aktor dan pempengaruh Aeril Zafrel juga adalah penyokong PN. Menerusi hantaran di media sosialnya, Aeril mengakui sendiri hal itu apabila mengenakan kemeja-T parti tersebut. 

 

Azhar Sulaiman 

Aktor senior ini telah menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap BN. Dalam sebuah hantaran di Instagram miliknya, Azhar telah memuat naik gambar penyokong BN beserta bendera-bendera parti tersebut. 

Dia juga menulis kapsyen:

“Mami dah sedia berkhidmat untuk BN dan UMNO. Mami tak mahu bayaran atau jawatan”. 

Malah menjawab komen pengguna media sosial, Azhar memberitahu: “BN dan UMNO dah banyak tolong keluarga Mami sejak dulu lagi”. - Getaran, 18 November 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Blockout 2024: Tak Perlu Sokong Artis, Tapi Jangan Pengaruhi Orang Ramai - Simmons

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Erysha Emyra Jawab Isu Berlakon Jadi Kekasih Abang Ipar Tiri   

3

Politik 2 tahun yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Politik 2 tahun yang lalu

 10 Lagi Ahli Parlimen BERSATU Dijangka Sokong Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 11 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN