web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Carprice Dedah  Ditawarkan Duit Untuk Pakai Baju Parti Barisan Nasional – Minta RM1 Juta

Pempengaruh media sosial terkenal itu telah mendedahkan mesej perbualannya bersama seorang individu yang bertanyakan harganya untuk membuat hantaran video di TikTok sambil memakai kemeja T parti Barisan Nasional.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2022 11:58AM

Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi rap dan pempengaruh media sosial terkenal, Caprice telah mendedahkan bahawa dia telah menerima mesej dari seorang individu yang menawarkan wang kepadanya untuk memakai baju parti Barisan Nasional (BN).

Mesej perbualan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 34, bersama individu tersebut telah dimuat naik di akaun Instagram.

Dalam mesej yang yang didedahkan itu, kelihatan individu berkenaan telah bertanya tentang harga untuk Caprice membuat hantaran video di akaun TikTok dengan memakai baju Barisan Nasional.

Caprice kemudian membalas dengan memberitahu bahawa harga yang dikenakan untuknya membuat hantaran berkenaan adalah RM1 juta. 

“Agak-agak dapat ‘lock job’ ini tak?,” soal  Caprice menerusi kapsyen hantaran berkenaan.

Sementara itu di bahagian komen, kelihatan ramai netizen yang memberikan pendapat mereka dan menasihati Caprice agar tidak memikirkan wang semata-mata.

“Jangan ambil ‘job’ kerana duit. Anda ada ramai pengikut. Suara anda sangat berkuasa. Jangan kerana sehelai ‘t-shirt’ (kemeja T) sejuta duit, hilang undi rakyat. 

“Jangan kerana duit hilang maruah, jati diri tergadai, negara di tangan yang tidak sepatutnya. Tindakan anda adalah penentu segala,” komen salah seorang pengguna Instagram.

Sebelum ini tular di media sosial apabila beberapa selebriti popular serta pempengaruh media sosial dilihat memuat naik kandungan dengan memakai baju yang tertera logo dan nama parti politik. Antara yang menjadi perhatian ramai adalah aktor kacak, Aeril Zafrel yang memakai baju Perikatan Nasional (PN). – Getaran, 17 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Tolak Rayuan BN Untuk Kembalikan Petisyen Pilihan Raya Gua Musang

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kemaman : Keluar Undi Esok, Buat Pilihan Terbaik - Calon BN

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN