web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Dengar Orang Kata Ternampak Anita Sarawak di Singapura, Itu Adalah… - Noor Kumalasari 

Sebagai adik, tipulah jika Noor tidak merindui kakaknya itu.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2022 4:00PM

Noorkumalasari - Gambar ihsan WHAM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelbagai khabar angin berlegar mengenai penyanyi bertaraf Superstar, Anita Sarawak sejak kehilangannya secara mengejut pada tahun 2011. Ada mulut-mulut mengatakan dia sudah bercerai dengan suami, sedang sakit dan terbaharu ada yang mengakui terserempak dengannya di Singapura. 

Adik kepada Anita yang juga selebriti popular tahun 1980-an, Noorkumalasari menyangkal kesemua khabar angin tersebut serta memaklumkan Anita dan suami, Mahathir Abdullah sedang sihat-sihat sahaja di Las Vegas. 

“Saya pun dengar orang nampak dia di mana-mana. Tapi semua itu adalah khabar angin. Pada saya jika Anita tak sihat, dia akan telefon dan maklumkan kepada kakak sulung saya. Dia masih berhubung dengan kakak saya.

“Saya ambil pendekatan no news is a good news,” katanya kepada Getaran pada program forum anjuran Kemajuan Filem Nasional (FINAS) bersama Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) di Universiti Kebangsaan Malaysia semalam. 

Sebagai adik, tipulah jika dia tidak merindui kakaknya itu. Apalagi mereka mengharungi zaman kanak-kanak dan tumbuh dalam industri hiburan tanah air bersama-sama. 

Namun, bagi penyanyi yang mesra disapa Kak Noor ini, permintaan Anita untuk hidup berdiam diri di Amerika Syarikat tanpa dikesan media harus dihormati. 

Gambar ihsan WHAM
Gambar ihsan WHAM

“Kalau raya pun dia akan telefon kakak saya. Biasanya kalau lebaran  kami akan berkumpul beramai-ramai. Dia akan telefon kakak sulung saya dan kami akan beramai-ramai berbual dengannya. Tapi akhir-akhir ini, dia hanya telefon kakak sulung dan kirim salam sahaja. 

“Namun saya boleh pastikan Anita dan suami masing-masing dalam keadaan baik. Kali terakhir saya berbual dengannya adalah sebelum dia terbang ke Amerika Syarikat,” tambahnya.

Menurutnya setakat ini, tiada ahli keluarga yang cuba menjejaki keberadaan Anita di Amerika Syarikat kerana tidak mahu pulang dalam keadaan hampa sekiranya tidak bertemu kakaknya di sana. 

“Sebabnya, pernah berlaku pada seorang individu yang berusaha datang dari Kuala Lumpur dan mencari Anita di Amerika. Namun akhirnya tidak dapat berjumpa langsung. Ia boleh terjadi kepada saya. Jadi saya tidak mahu kecewa,” tambahnya menutup temu ramah.

Terdahulu, Noor menjadi salah seorang ahli panel semasa forum Antara Cantik dan Bakat Di Mana Magis Pengukur Kreadibiliti membincangkan apa yang perlu dilakukan anak seni untuk menjadikan industri lakonan sebagai kerjaya profesional mereka. 

Turut hadir memeriahkan forum itu ialah Fahrin Ahmad, Sharifah Rose, Prof Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Yusof Haslam dan Hariz Hamdan. - Getaran, 15 November 2022 

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Sharifah Rose, Wajah Selebriti Untuk Koleksi Raya Habib Yang Berinspirasikan Sulaman Tekat

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

14 Babak Harum Malam ‘Dicacatkan’, Yusof Haslam Minta LPF Buka Minda

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Ira Kazar Mengandung? Saya Tak Mahu Ambil Tahu - Yusof Haslam

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Ada Pelakon Muka Tak Sekacak Mana, Tapi Punya Daya Penarik - Yusof Haslam

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 11 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...