web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ada Pelakon Muka Tak Sekacak Mana, Tapi Punya Daya Penarik - Yusof Haslam

Menurutnya produser dan pengarah legenda itu, pelakon dengan wajah cantik bukanlah jaminan sesuatu filem itu akan pecah panggung.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2022 11:23AM

Yusof berkata paras rupa dan populariti bukan jaminan sesebuah filem itu akan laku. - Gambar ihsan WHAM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sepanjang bergelar pengarah dan penerbit popular tanah air sejak 37 tahun yang lalu, Datuk Yusof Haslam tidak menafikan pelakon yang ‘berupa’ penting untuk menyerikan sesuatu filem namun harus seiringan dengan bakat lakonan.

Walaupun begitu, ia bukanlah satu-satunya alasan untuk menjadikan sesebuah filem itu pecah panggung, malah tidak ada formula paling ampuh untuk memastikan sesebuah filem boleh laku habis. Pendek kata, ia boleh dianggap sebagai perjudian.

“Muka lawa dan popular bukan jaminan sesuatu filem itu akan laku. Dalam konteks industri filem, bakat dan rupa harus seiring. Kalau ada beranggapan pengarah hanya cari pelakon ada muka sahaja, saya nafikan kerana kedua-duanya (bakat dan rupa) perlu.

“Saya tidak nafikan ada pelakon tidak sejelita Sofea Jane tapi mempunyai daya penarik contohnya macam Azean Irdawaty dalam filem Esok Masih Ada. Selain itu, pelakon lama seperti Nordin Ahmad dan P Ramlee, mereka tidaklah sekacak mana namun ada daya penarik dan mendapat sambutan yang bagus.

“Masing-masing ada peranan dalam industri dan peluang atas Izin Tuhan,” katanya ketika menjadi panel untuk forum Antara Cantik dan Bakat Di Manakah Magis Pengukuh Kredibiliti anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Persatuan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Yusof Haslam ketika menjadi ahli panel forum 'Antara Cantik dan Bakat Di Manakah Magis Pengukuh Kredibiliti' anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM)
Yusof Haslam ketika menjadi ahli panel forum 'Antara Cantik dan Bakat Di Manakah Magis Pengukuh Kredibiliti' anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM)

Bercakap mengenai wajah pelakon yang sama berulang mengisi slot siaran perdana di kaca televisyen, penerima Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman Festival Filem Malaysia ke-29 ini turut mendedahkan realiti komitmen yang terpaksa dihadapi penerbit dan syarikat stesen televisyen untuk memenuhi kehendak penaja.

“Kadangkala, penaja nak tahu siapa pelakon yang akan membintangi drama tersebut. Mereka sekurang-kurangnya mahu satu atau dua pelakon yang popular. Namun sekarang, kita dapat lihat sudah ada tolak ansur antara penerbit dan stesen televisyen.

“Bagi saya, kita ambillah mungkin dua pelakon yang sudah memiliki nama. Selebihnya kita gilap bakat-bakat pendatang baru. Dengan telefon bimbit di tangan, generasi baru lebih cepat belajar. Jadi, kepada generasi muda, jangan takut sebab ada peluang lebih besar untuk anda.

“Anak saya sudah mengarah ketika umurnya 18 tahun lagi. Saya pun berhati-hati menilai bakatnya. Kalau buat filem asyik lingkup walaupun anak sendiri, tetap tidak boleh teruskan juga.

“Kita perlukan idea baru. Generasi hari ini akan memberikan dimensi baru dalam persembahan filem. Kuncinya, idea anda kena bagus,” katanya.

Forum berkenaan turut menampilkan Ketua Eksekutif FINAS, Prof Dr Md Nasir Ibrahim, Seniwati Noor Kumalasari, Hariz Hamdan, Fahrin Ahmad dan Sharifah Rose. - Getaran, 27 November 2022

Isu Pada

Perjalanan Dua Dekad Marcell Siahaan

26 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

14 Babak Harum Malam ‘Dicacatkan’, Yusof Haslam Minta LPF Buka Minda

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Ira Kazar Mengandung? Saya Tak Mahu Ambil Tahu - Yusof Haslam

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

'3 Pagi Menangis Saja, Lepas Itu Ketawa' - Noor Kumalasari Dedah Sukarnya Jadi Pelakon

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Saya Dengar Orang Kata Ternampak Anita Sarawak di Singapura, Itu Adalah… - Noor Kumalasari 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 10 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...