web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peminat Anggap Perkahwinan Taylor Lautner Dengan Taylor Dome Bagaikan Sebuah Sitkom 

Taylor Lautner juga turut mengesahkan bahawa Taylor Dome bakal menggunakan nama terakhirnya.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2022 3:00PM

Taylor Lautner (kini) bergelar suami kepada Taylor Dome. - Gambar Instagram Taylor Dome

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aktor Twilight Saga, Taylor Lautner yang pernah mencetuskan fenomena suatu ketika dahulu telah meremukkan hati ramai wanita apabila mengahwini kekasih hatinya, Taylor Dome. 

Independent UK melaporkan, majlis perkahwinan Lautner, 30 dan Dome, 24, telah dilangsungkan di Epoch Estate Wines di California pada 11 November lalu. 

Gambar dari Instagram Taylor Dome
Gambar dari Instagram Taylor Dome

Pasangan pengantin ini bertukar ikrar janji mereka sebelum terbenamnya matahari sambil disaksikan 100 orang tetamu yang terdiri daripada kalangan keluarga dan rakan terdekat. 

Di majlis perkahwinan itu, Dome telah menyarungkan gaun putih tidak berlengan dengan sulaman bunga beserta layah bersulam bunga yang sepadan. Rambutnya dilepaskan dan dia juga memegang sejambak bunga putih. 

Manakala, Lautner pula segak mengenakan tuksedo hitam dengan bow tie yang sedondon warnanya. 

Awal tahun ini, Lautner mengesahkan bahawa Dome akan menggunakan nama terakhirnya selepas mereka berkahwin. 

Pasangan ini mula menjalinkan hubungan cinta pada 2018 dan kemudian mengumumkan pertunangan mereka menerusi media sosial pada 2021. 

Sewaktu diwawancara dalam The Kelly Clarkson Show, Lautner pernah memberitahu, dia ada bertanya Taylor (Dome) sama ada benar-benar mahu menggunakan nama terakhirnya. 

Gambar dari Instagram Taylor Dome
Gambar dari Instagram Taylor Dome

“Sebab nama pertama kami sendiri sudah sama. Jadi, ia mungkin akan menambahkan lagi komplikasi jika nama yang terakhir juga sama,” katanya.

Kini, sebaik sahaja mereka berkahwin, peminat telah memberikan pelbagai reaksi terhadap persamaan nama mereka. 

Seorang pengguna Twitter menulis: “Baru melihat Taylor Lautner mengahwini gadis bernama Taylor dan dia juga akan menggunakan nama terakhirnya. Mereka tidak memikirkan perkara ini masak-masak. 

“Hanya dengan mengangkat telefon sahaja sudah memeningkan. Mereka juga akan membuka surat masing-masing dan semuanya sudah bercampur. Ia seperti sebuat sitkom,” katanya. 

Seorang pengguna Twitter pula menambah: “Saya kini menggelar anda Mr Taylor Lautner dan Mrs Taylor Lautner," disambut emoji tertawa. 

Namun, tidak kurang juga yang kecewa sebaik sahaja mengetahui bahawa Lautner kini 'milik orang'. 

"Taylor Lautner [dari] Twilight sudah berkahwin sekarang, senarai calon suami masa depan semakin pendek," kata mereka dengan nada bergurau. - Getaran, 15 November 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Tiket Bola Perlawanan Akhir Sea Games 2017, Detik Awal Anita Baharom Kenal Engku Isyamuddin 

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Malaika Arora Dan Arjun Kapoor Bakal Berkahwin?, Malaika Kata Ya, Bikin Netizen Tidak Keruan 

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Bukan Lagi Rahsia, Akhirnya Miss Argentina and Miss Puerto Rico Dedahkan Mereka Sudah Berkahwin 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Bagaikan Babak Di Dalam Drama, Video Lamaran Nam Goong Min Dan Jin Areum Tular Di Majlis Perkahwinan 

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN