Berita Terkini

15 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Tiket Bola Perlawanan Akhir Sea Games 2017, Detik Awal Anita Baharom Kenal Engku Isyamuddin 

Menurut Anita lagi, apa yang membuatkan dia menyenangi Engku Isyamuddin adalah kerana sikapnya yang tidak terlalu mendesak dan anak-anak pula menyenangi keperibadian lelaki itu. 

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2022 8:01PM

Anita Baharom dan Engku Isyamuddin mengadakan majlis resepsi pada 23 Disember lalu - Gambar Instagram Anita Baharom

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa sangka perkenalan sebagai rakan biasa akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin. Tapi, itulah kuasa Allah SWT yang telah mengaturkan jodoh dan pertemuan hamba ciptaanNYA. 

Membuka cerita tentang perkenalannya dengan Engku Isyamuddin, Anita berkata, segalanya bermula kerana tiket perlawanan akhir bola sepak SEA Games 2017.

Gambar Instagram Anita Baharom
Gambar Instagram Anita Baharom

“Waktu itu, saya ingin sangat tengok perlawanan akhir itu yang menyaksikan pertemuan antara Malaysia dengan Thailand di Stadium Shah Alam kerana saya dah pun mengikuti beberapa ‘game’ Malaysia sebelum itu. 

“Kemudian saya dapat tahu Engku Isyamuddin bekerja di 100 Plus dan syarikat mimuman itu terlibat dengan penganjuran sukan tersebut. 

“Saya tak kenal pun dia, tapi dengan muka selamba dan tak malu, saya tanya ada tiket final bola sepak tak. 

“Kalau ada, tolonglah bagi sebab saya nak sangat tengok ‘game’ nih. Alhamdulillah, mungkin rezeki. Saya dapat tiket final bola sepak tersebut. Saya turut muat naik ucapan terima kasih kepada dia di IG tanpa tag dia pun. Tapi, dia nampak posting itu dah kemudian ‘follow’ saya,” katanya kepada Getaran. 

Bertitik daripada itu mereka menjadi kawan, dan setiap kali Anita terserempak dengan Engku Isyamuddin bersama arwah suaminya, Ismadi Ismail, mereka akan menyapa antara satu sama lain. 

“Kebetulan dia duduk di Bukit Jelutong dan saya pula di Puncak Alam. Saya dan arwah suami memang selalu berada di Bukit Jelutong. Jadi, beberapa kali jugalah kami terserempak di restoran tertentu. Saya dan arwah suami akan borak-borak dengan dia,” katanya yang cukup dikenali dengan drama Dunia Baru dan Keluarga Iskandar.  

Jelas Anita lagi, Engku Isyamuddin apabila mendapat tahu tentang pemergian arwah suaminya dan juga meminta untuk bertemu selepas dia selesai edah. 

“Rupanya masa saya dalam waktu edah, dia sudah pun bercerai. Dia bercerai awal tahun ini iaitu perceraian kali ketiga. Tapi, itu adalah kisah silamnya. Past is past

“Selepas tamat tempoh edah, kami ada keluar. Saya juga bawa anak bersama-sama. Dari situlah saya baru betul-betul mengenali hati budi dia. 

“Waktu itu saya rasa macam dia suka saya. Tapi, saya simpan saja dalam hati dan berkawan dengan dia macam biasa. 

“Sepanjang tempoh berkawan (kami tak bercinta pun sebenarnya), ada kalanya saya timbul, ada kalanya saya diam. Tapi, dia memang cukup penyabar melayan kerenah saya. Setiap kali saya hilang, dia sanggup tunggu,” katanya sambil tertawa. 

Sambung Anita lagi, apa yang membuatkan dia menyenangi Engku Isyamuddin adalah kerana sikapnya yang tidak terlalu mendesak.

“Dia tak sibuk tanya saya mana saya pergi atau buat apa. Dia tak mengongkong saya. Sebab saya nih jenis tidak suka dikongkong. 

“Dia juga bagi lagu pada saya iaitu 'Take Me To Your Heart' daripada Michael Learn To Rock untuk menyatakan isi hati dia.

“Akhirnya, sebab dia dah tahan lagi nak simpan perasaan dia kepada saya agaknya, dia terus buat kejutan dengan melamar saya pada detik 12 tengah malam sewaktu menyambut hari jadinya yang jatuh pada 19 Oktober lalu. 

“Kami kenal beberapa bulan je, tapi dia betul-betul serius untuk mengajak saya kahwin. Dia cakap dia rindu dan sayang dengan saya dan minta saya beri peluang kepada dia. 

“Saya bukan loudspeaker phone untuk bagi anak-anak saya dengar luahan hatinya sewaktu melamar saya itu. Alhamdulillah, anak-anak cukup supportive

“Sebelum ini, mereka memang dah suka Engku Isyamuddin. Mereka suka dia jadi bapa mereka. Tapi, bila dengar luahan kata-katanya, anak saya yang pertama terus jadi ‘cair’ dan minta saya terima dia. Lepas dia ‘declare’ perasaan dia, dia bagi lagu 'Ruang Rindu' daripada Letto,” katanya sambil tertawa lagi. 

Anita mengakui, walaupun dia sering mendapatkan nasihat daripada orang sekelilingnya, namun keputusan akhir akan dilakukannya sendiri. 

“Macam jodoh saya dengan Engku Isyamuddin ini, saya memang berserah segalanya kepada Allah SWT. Begitu juga dengan dia. Katanya, selepas berdoa dia serah segalanya kepada Allah. Kalau saya ini memang jodohnya, ia tetap akan dipermudahkan,” katanya. 

Tentang status Engku Isyammudin yang memiliki lapan orang anak hasil tiga perkahwinan terdahulu, Anita berkata, setiap orang mempunyai sejarah kehidupan masing-masing. 

“Begitu juga dengan saya. Orang mungkin kenal dan tahu diri saya tetapi tidak tahu apa yang sebelum ini pernah berlaku dalam hidup saya. Jadi, usah hukum. 

“Saya tidak boleh buat keputusan yang tepat (jodoh dengan Engku Isyamuddin). Sebab kita ini, bukanlah sebaik-baik perancang. Tapi, saya juga berdoa dan berharap agar perkahwinan saya dengan Engku Isyamuddin ini akan berkekalan. 

“Apa yang orang nak kata terpulanglah kerana setiap manusia mempunyai ujian hidup masing-masing. Apa yang penting, sekarang ini, saya mahu fokus dengan suami dan anak-anak,” katanya yang tidak menolak rezeki untuk memiliki zuriat bersama Engku Isyamuddin jika diizinkan Allah SWT. 

Anita Baharom, 39, bergelar isteri kepada Engku Isyamuddin Tuan Losin, 48, yang juga  seorang ahli perniagaan selepas mereka mengambil keputusan untuk bernikah di Bizmilla Wedding Hall, One City Subang Jaya pada 22 Disember lalu. Majlis resepi telah diadakan di venue yang sama pada keesokan harinya (23 Disember).  

Ramai rakan artis dan tetamu yang hadir untuk meraikan hari yang cukup bermakna buat raja sehari ini.  Antaranya adalah Erra Fazira, Sharifah Shahora, Corrie Adam, Ezzlyn, Lan Solo dan Anas Tahir. 

Ini adalah perkahwinan kali kedua Anita Baharom dan keempat buat untuk Engku Isyamuddin. Arwah suami Anita, Mohd Ismadi Ismail meninggalkan dunia akibat penyakit kencing manis pada 1 Januari lalu.

Hasil perkahwinan Anita dengan Allahyarham Mohd Ismadi, dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syifa Dhia Nurina, 15, Mohamad Dhia Iskandar, 11, dan Mohamad Dhia Mikail, 8. – Getaran, 25 Disember 2022

Isu Pada

Tabitha Lam Impian, Keyakinan Diri, Kuasa Dolla!

24 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Anita Baharom Kembali Bergelar Isteri

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Peminat Anggap Perkahwinan Taylor Lautner Dengan Taylor Dome Bagaikan Sebuah Sitkom 

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Malaika Arora Dan Arjun Kapoor Bakal Berkahwin?, Malaika Kata Ya, Bikin Netizen Tidak Keruan 

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Bukan Lagi Rahsia, Akhirnya Miss Argentina and Miss Puerto Rico Dedahkan Mereka Sudah Berkahwin 

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis