web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Video Superstar Kollywood Kamal Haasan Nyatakan Sokongan Buat Anwar Tular Semula

Apa yang menarik, walaupun video Kamal Haasan itu telah dihasilkan pada 2018, namun ia kembali tular sempena kehangatan Pilihan Raya Umum Ke-15. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2022 1:00PM

Kamal dan Anwar pernah bertemu pada Mei lalu untuk berbincang pelbagai perkara - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hubungan baik di antara superstar Kollywood, Kamal Haasan dengan tokoh politik Malaysia yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah menjadi suatu rahsia. 

Mereka pernah mengadakan pertemuan bersama pada Mei lalu untuk berbincang pelbagai perkara termasuk tentang sejarah India dan persoalan tata kelola yang baik, serta ketegasan terhadap rasuah sewaktu aktor itu ke sini untuk mempromosikan filem baharunya, Vikram

Bahkan, produser dan pelakon India itu dilihat sebagai penyokong kuat kerjaya politik Anwar, sehingga menyokong kempen politik rakannya itu pada 2018 semasa pilihan raya kecil diadakan Port Dickson, yang menyaksikan Anwar dipilih ke Parlimen sekali lagi.

Kurang 36 jam sebelum hari pengundian, video mesej Kamal terhadap Anwar muncul dalam bahasa Tamil dan Inggeris. 

Kamal menyifatkan Anwar sebagai contoh yang sempurna dan “suar harapan”.

“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Anwar dan rakyat Malaysia dalam memulakan perjalanan baharu ini,” katanya. 

Apa yang menarik, walaupun video itu telah dihasilkan pada 2018, namun ia kembali tular di TikTok sempena kehangatan Pilihan Raya Umum Ke-15. 

Rata-rata penyokong Parti Pakatan Harapan telah memuat naik semula video Kamal Haasan itu untuk menyatakan sokongan mereka terhadap Anwar. 

Aktor Farid Kamil yang ketika ini sedang menyiapkan penggambaran filem Anwar di Jakarta, Indonesia turut memuat naik sedutan video TikTok itu di Instagram miliknya. 

Ia telah mendapat reaksi dan maklum balas yang pelbagai daripada peminat serta pengguna media sosial. 

Mengenai filem Anwar, Farid telah dipilih memegang watak utama sebagai Anwar Ibrahim dalam filem terbitan Bianglala Entertainment itu. 

Berlatarbelakangkan tahun 1993 hingga 1998, filem ini diolah daripada kisah benar dan alur ceritanya adalah mengenai perjuangan Anwar Ibrahim melawan sebuah sistem yang korup. - Getaran, 15 November 2022 

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 13 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...