web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kebenaran Yang Berlaku: Bekas Suami Minta Lufya Berhenti Berperangai Kebudak-Budakan

Hafiz memuat naik sebuah foto laporan polis dengan kapsyen menyangkal tuduhan bekas isterinya mengenai isu pemberian nafkah anak.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2022 2:30PM

Dr Che Hafiz menegaskan dia akan sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk anaknya, Haura. - Gambar dari Instagram Che Hafiz

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah dua tahun mengumumkan perceraian, namun berita tidak enak mengenai penyanyi Lufya Omar dengan bekas suaminya, Dr Che Hafiz masih kedengaran.

Terbaharu, Hafiz memuat naik sebuah foto laporan polis dengan kapsyen menyangkal tuduhan bekas isterinya mengenai isu pemberian nafkah anak. 

Lufya Omar - Gambar dari Facebook Lufya Luvya
Lufya Omar - Gambar dari Facebook Lufya Luvya

Bukan itu sahaja, Hafiz mengakui terpaksa menanggung kebencian warganet terhadap dirinya berikutan tuduhan yang dilemparkan Lufya.

“Apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan oleh dia (Lufya) adalah tidak benar sama sekali dan sudah diubah mengikut kehendaknya. 

“Soal pemberian nafkah anak, sebagai seorang bapa kandung, sudah pasti saya tahu akan tanggungjawab saya dan sudah tentu saya tidak akan abaikan anak saya sendiri. 

“Saya ada bukti yang kukuh untuk diberikan kepada pihak mahkamah. Jadi saya harap dia gunakan saluran yang betul dan bukannya jadi seperti budak-budak main lepas perasaan di media sosial dan menimbulkan spekulasi yang salah masyarakat terhadap saya,” tulisnya. 

Bukan itu sahaja, Hafiz menegaskan sebagai bapa kepada anaknya, Haura, dia akan sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk anaknya. 

Segala salah faham yang berlaku antara dia dan bekas isteri sepatutnya diselesaikan secara profesional tanpa melibatkan pihak ketiga. 

“Saya lebih mengenali siapa diri dia dan aib dia juga selama ini saya simpan. Tidak pernah saya dedahkan di media sosial malah saya rasa tiada keperluan untuk menceritakannya sebab dia bukan lagi Isteri saya yang sah.

“Saya dan bakal Isteri berniat mencari jalan penyelesaian yang baik untuk Haura dan sudah cuba yang terbaik untuk berbincang dengannya (bukti ada), tetapi telah ditolak malah dibalas dengan kata-kata yang kurang sopan dan juga fitnah.

''Saya rasa dia sudah melampau dan saya harap dia dapat menggunakan saluran yang betul bagi menyelesaikan isu yang ada dan jika benar dia ingin selesai Isu tersebut dengan baik. 

“Jadilah profesional dan jangan libatkan orang yang tidak sepatutnya seperti keluarga saya dan juga bakal Isteri,” tambahnya. 

Terdahulu, Che Hafiz dan Lufya mengesahkan rumah tangganya berakhir selepas bercerai talak satu pada Jun 2020. – Getaran, 14 November 2022 

Dr Che Hafiz on Instagram: “KEBENARAN YANG BERLAKU Pertama kali saya tidak hairan jika Lufya sanggup berbohong membuat kenyataan yang palsu yang berunsur fitnah…”. - Getaran, 14 November 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu