web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Shuib Muat Naik Gambar Bersama Anak Di Restoran Mewah, Netizen Perasan Ada Kelibat Wanita Sedang Merakam 

Refleksi figura seorang wanita di bahagian dinding restoran itu dipercayai adalah wanita yang dikenali sebagai Watie yang seringkali dikaitkan mempunyai hubungan bersama Shuib

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2022 6:03PM

Kelibat seorang wanita yang turut bersama Shuib dan anak-anak di sebuah restoran terkenal mencuri perhatian netizen. - Gambar Instagram Shuib Sepahtu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini pelawak, penyampai radio dan usahawan terkenal, Shuib telah memuat naik gambarnya bersama dua anak ketika menikmati makan malam di sebuah restoran terkenal.

Namun apa yang menjadi perhatian netizen adalah, terdapat refleksi figura seorang wanita di dinding dalam foto itu yang kelihatan sedang merakam foto mereka bertiga.

Wanita berkenaan dipercayai adalah Watie iaitu wanita yang selama ini sering digosipkan mempunyai hubungan dengan Shuib. 

Disebabkan itu, ramai netizen yang mendakwa bahawa mereka memang menjalin hubungan serius kerana sudah dibawa untuk keluar bersama anak-anak. 

Menerusi kenyataan yang dibuat kepada beberapa media tempatan, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, tidak menafikan bahawa dia kini sedang berkawan dengan wanita berkenaan.

Sebelum ini penyampai radio Suria FM itu sering dikaitkan mempunyai hubungan dengan beberapa selebriti terkenal seperti Zara Zya dan Wan Sharmila. 

Shuib merupakan seorang bapa tunggal yang memiliki empat orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama arwah isteri iaitu penyanyi terkenal, Siti Sarah Raisuddin yang meninggal pada Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19. – Getaran, 10 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Tewas 0 - 4, Malaysia Jadi 'Mangsa' Netizen India

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Rupa Paras Dikutuk, Liza Hanim Tampil Pertahankan Diri

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Bil Elektrik Tak Masuk Akal, TNB, Apa Sudah Jadi? — Netizen

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 21 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN